Selasa, 6 September 2022

40 KERUSI UNTUK DI MENANGI


Mustahil PAS dapat menang 40 kerusi, kata penganalisis

MUSTAHIL bagi PAS mencapai sasaran menang sekurang-kurangnya 40 dari 80 kerusi yang bakal ditandingi parti Islam itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, jangkaan itu berdasarkan trend penolakan yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) ke atas parti tersebut dalam perkembangan mutakhir.

Penganalisis melihat sasaran yang dinyatakan PAS dalam persidangan muktamarnya itu juga menggambarkan parti itu terdesak untuk mengekalkan kedudukan dan kuasanya waktu ini.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata sasaran untuk bertanding satu lawan satu di 80 kerusi itu realistik dan munasabah jika PAS hanya bertanding secara solo seperti PRU14.

Namun sasaran untuk bertanding di 80 kerusi itu dan menang separuh darinya tidak logik jika PAS masih bersama Perikatan Nasional (PN), katanya.

Jelasnya, PAS tidak dapat mengelak pertembungan pelbagai penjuru di negeri yang menjadi pangkalannya – Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Apatah lagi di 27 kerusi Parlimen yang ingin direbut PAS melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), katanya lagi.

“Bagi saya tidak logik dan amat sukar untuk mendapatkan titik persamaan untuk semua kerusi waima 80 kerusi.

“Bagi saya amat sukar berlaku kesepakatan (untuk PAS dan Umno) tidak bertembung,” katanya.

Bertembung pelbagai penjuru

Jelasnya, enam dari 18 kerusi Parlimen dikuasai PAS terletak di Terengganu, sembilan di Kelantan serta tiga di Kedah – dan umum mengetahui Umno sedia bertembung dengan parti itu di negeri berkenaan.

Selain itu, 11 dari 40 kerusi yang disasarkan menang itu kini dikuasai Amanah dan 11 lagi kerusi dengan jumlah undi kedua tertinggi yang diraih PAS dalam pilihan raya umum 2018, katanya.

Sasaran menang 40 dari 80 kerusi itu disebut pengarah pilihan raya PAS Muhammad Sanusi Md dalam Muktamar Tahunan PAS ke-68 yang berlangsung pada Ahad.

Ia turut ditegaskan naib presidennya Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata 40 kerusi itu untuk mengekalkan kedudukannya di Putrajaya serta di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Hisomuddin berkata PAS juga masih berdepan persoalan sekiranya PN akan memberi laluan bertanding di 80 kerusi seperti mana hasrat parti Islam itu.

Ini kerana PN belum memberi keputusan muktamad dan jika sudah diputuskan sekalipun beliau tidak nampak PAS berpeluang di 80 kerusi itu selagi Ahmad Zahid Hamidi masih mengetuai Umno.

Selain itu, Hisomuddin membangkitkan pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan, yang ditunjukkan ahli PAS dengan ketara dalam muktamar itu.

Tambahnya, pendirian tersebut secara tidak langsung memberi tekanan kepada parti komponen PN seperti Bersatu dan akan turut menjejaskan peluang PAS.

Isu logo bulan

Selain itu, rancangan PAS untuk bertanding dengan menggunakan lambang partinya di Kelantan, Kedah dan Terengganu masih lagi satu cabaran besar bagi parti itu, kata Hisomuddin.

Jelasnya, belum dapat dipastikan lagi bagaimana Pengerusi PN Muhyiddin Yassin akan menerima keputusan PAS itu.

“Saya tidak pasti bagaimana penerimaan Bersatu melihat menggunakan logo bulan ini sebagai satu alternatif.

“Yang saya faham PN sebenarnya mereka bentuk logo tapi apa berlaku dalam muktamar, isu logo bulan ini diangkat,” katanya.

Seorang lagi penganalisis Azmi Omar pula percaya hasrat PAS untuk terus bertanding dengan logo bulan itu salah satu sebab untuk parti itu mahu meneruskan kerjasama dengan Umno .

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, hasrat itu dapat dicapai jika bersama Umno menerusi Muafakat Nasional tetapi sudah tentu kecundang jika bersama PN.

“Kalau dengan PN, PN kata guna logo PN, yang mana PAS belah bahagi. Belum ada satu keputusan (dari PN menunjukkan) PAS berkeras (menggunakan logo sendiri).

“Tapi kalau mereka bersama dengan MN, mereka boleh guna logo sendiri sebab BN akan berkeras logo BN. Mereka tak nak logo lain, jadi senang untuk PAS guna logo mereka.

“PAS tahu kalau mereka guna logo selain bulan, PAS akan bermasalah dalam PRU15, jadi PAS sekarang ini dalam dilema yang sangat besar,” katanya.

Tambah Azmi, sasaran 40 kerusi untuk dimenangi juga menunjukkan PAS tidak yakin dengan kekuatan sendiri dan mengetahui parti itu mustahil akan menang tanpa gabungan parti lain.

“PAS ini tidak yakin, mereka tahu kemenangan selama ini (dicapai) dengan gabungan, itu yang mereka dapat jumlah kerusi sedia ada.

“Kalau mereka nak (bertanding) solo, tak menang pun selama ini. Jadi mereka desak MN walau Umno kata tidak.

“Tapi PAS bertegas masih ada (usaha kerjasama). PAS tahu walau pergi solo takkan menang sebagaimana mereka menang sekarang,” katanya yang juga salah seorang pengarah UniSZA.

Tambahnya, keadaan terdesak PAS untuk bersama Umno itu malah menunjukkan parti Islam itu sendiri tidak yakin dengan kekuatan Bersatu.

Beliau berpendapat, PAS tahu parti itu tiada harapan dan tidak yakin dengan kemampuan PN jika terus bekerjasama dalam gabungan itu menyebabkan ia tetap ingin bekerjasama dengan Umno.

“Kalau tidak, kenapa tak putus sahaja dengan Umno dan tumpu kepada PN. Maknanya PAS nampak dari segi kekuatan dia adalah parti Melayu.

“Parti Umno sendiri mereka tak nampak boleh menang seberapa banyak kerusi yang mereka menang sekarang apatah lagi jika sekiranya perlawanan pelbagai penjuru,” katanya.

Muktamar PAS semalam antara lain meluluskan usul untuk menyatukan parti politik teras Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi dan menolak kerjasama dengan PH.

Dalam sidang itu juga, presidennya Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan memejamkan mata ke atas perlakuan rasuah demi menjaga kerjasama politik dan menjamin jawatan.

Kenyataan itu timbul sewaktu Umno tertekan dengan pelbagai tuduhan dan sabitan jenayah rasuah, pecah amanah dan mencuci wang haram dihadapi para pemimpinnya.

Antaranya, bekas presidennya Najib Razak yang dihumban ke penjara pada minggu lalu bagi kesalahan pecah amanah jenayah dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Selain hukuman penjara 12 tahun itu, bekas perdana menteri tersebut perlu membayar denda RM210 juta dan berdepan hukuman lima tahun penjara lagi sekiranya gagal melunaskannya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula menghadapi 47 tuduhan – 12 bagi kes pecah amanah jenayah berkaitan dana Yayasan Akalbudi, 27 tuduhan mencuci wang haram dan lapan tuduhan rasuah.

Isteri Najib, Rosmah Mansor juga pada minggu lalu didapati bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan projek solar untuk sekolah pedalaman Sarawak.

Abdul Hadi mempertahankan pintu rundingan antara PAS dan Umno menerusi MN sentiasa terbuka serta masih berjalan melibatkan pemimpin dan ahli akar umbi kedua-dua parti.

Para pemimpin parti PAS juga mempertahankan rundingan terus berjalan biarpun dinafikan pemimpin Umno. – 6 September, 2022.


PENG ANAL

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

INI CARA

PELACUR CARI

MAKAN

KAH KAH KAH

KANG KANG

SANA

KANG KANG

SINI

KAH KAH KAH

BUKA LUBANG

SANA BUKA

LUBANG SINI

KAH KAH KAH 

AMIN 

40 BATANG 

SAP SAP SUI 

NO SWEAT

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Balak buket cherakah ko tak kepoh ko tt... Abeeh gondol.. peungkrak siapo punyo kojo... Ingatkn Pas ajo pakar, tobang pokok... Grupo eaaa, pkr pun samo... Dalam diam lu org pinjam chainsaw aaa....