Selasa, 6 September 2022

SEMAK JANGAAN TAK SEMAK



Ahli MT Umno gesa peguam Najib fail semakan kehakiman


AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa peguam mewakili Najib Razak untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah persekutuan yang menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk membatalkan sabitannya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Puad memberitahu portal berita Free Malaysia Today berkata kenyataan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam temu bual media boleh digunakan sebagai alasan untuk dikemukakan di mahkamah.

Thomas dalam temu bual bersama Malaysiakini sebelum ini berkata beliau memilih untuk mendakwa Najib terlebih dulu dalam kes SRC International kerana ia “paling mudah untuk dibuktikan”.

“Adakah ia mudah dibuktikan atau mudah dimanipulasikan?,” kata Puad dipetik berkata kepada portal itu.

“Saya yakin temu bual itu hanya menambahkan lagi kesangsian terhadap ketelusan pendakwaan terhadap Najib oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata pakar undang-undang seperti Zaid Ibrahim dan orang awam boleh melihat ada dwistandard dalam perbicaraan Najib.

Zaid yang bertindak sebagai peguam Najib dalam tempoh sekejap, mengucapkan terima kasih kepada Thomas kerana mendedahkan isu dwistandard itu dalam kes SRC International.

Dalam satu hantaran video di Facebook semalam, Zaid berkata Thomas memberikan kenyataan bercanggah kerana pada mulanya berkata kes itu mudah dibuktikan, tetapi kemudian dalam temu bual sama mengatakan kes itu rumit kerana membabitkan dokumen dan transaksi yang banyak dan perlu disemak.

Najib kini menjalani hukuman di penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tuduhan menyeleweng, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Beliau menerusi peguamnya sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja. – 6 September, 2022.

WOIT

SEMAK JANGAN

TAK SEMAK

KAH KAH KAH

AMPUN JANGAN

TAK AMPUN

KAH KAH KAH

BATALKAN KES

BIAR PENCURI

MENCURI LAGI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: