Sabtu, 3 September 2022

AL-KAWAHLI BETUL



Hadi sedia ke mahkamah isu kenyataan kait rasuah dengan bukan Islam


PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sedia dihadapkan ke mahkamah berhubung kenyataannya mendakwa kebanyakan pelaku rasuah di Malaysia dari kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera.

Beliau berkata sudah memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman Jumaat lepas dan akan menjawab isu tersebut apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah.

“Saya sudah pergi ke Bukit Aman walaupun ditawarkan mereka (polis) nak datang ke pejabat. Saya pilih pergi ke Bukit Aman dan berjumpa dengan pegawai polis. Sudah disoal siasat.

“Ada pun senarai panjang (mengenai isu ini) nanti di mahkamah, saya akan jawab di mahkamah nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Muktamar ke-68 di Alor Setar.

Ini merupakan kali pertama ahli Parlimen Marang itu memberi kenyataan umum mengenai kenyataan kontroversinya itu.

Hadi disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan.

Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Menurut polis, sebanyak 28 laporan diterima, selepas Hadi menyiarkan kenyataan kontroversi itu di Facebook pada 20 Ogos.

Hadi turut menerima kecaman pelbagai pihak, antaranya kumpulan bekas penjawat tinggi awam G25 yang menyebut, kenyataan itu menunjukkan Hadi cetek pengetahuan mengenai punca rasuah. – 3 September, 2022.

WOIT

AL-KAWAHLI 

CAKAP BENAR

AMIN

MANA ADA HADIS

MANA ADA AYAT

MANA ADA SIRAH

MANA ADA RIWAYAT

RASUAH 

KAH KAH KAH

YANG ADA

SEMUA CERITA

TOK ARAB

DAPAT REZEKI

KAH KAH KAH

RASUAH INI

KERJA KAPIR

LAKNAT... OPS...

KAPIR LAKNAT

BUKAN SUMPAH

LAKNAT

KAH KAH KAH

KES 1MDB

BUKAN RASUAH

INI REZEKI

APATAH LAGI

REZEKI NAJIB

DARI TOK ARAB

ERTINYA  DUA KALI

SUCI BERSIH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: