Sabtu, 3 September 2022

SAMAN DARI PEGUAM UK ... OPPS ...


Presiden Majlis Peguam sahut cabaran saman Zaid

PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah bersedia untuk berdepan peguam Zaid Ibrahim di mahkamah jika beliau memilih untuk teruskan tuntutan saman.

Minggu lepas, Zaid berkata beliau dan dua rakannya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Cheah berhubung kenyataan media baru-baru ini berhubung representasi mereka dalam rayuan SRC International bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

Dalam surat yang dikeluarkan melalui firma guaman, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, ketiga-tiga mereka menuntut “penarikan balik dan permohonan maaf sepenuhnya” daripada Cheah menjelang 2 September, jika gagal mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap presiden badan peguam.

Cheah berkata pihaknya menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan dibangkitkan pihak Zaid, malah Majlis Peguam berpegang teguh dengan kenyataan medianya.

“Kami bersedia untuk jumpa mereka di mahkamah,” kata Cheah kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Cheah berkata beliau telah melantik dua peguam dan mengarahkan mereka menerima perkhidmatan proses sekiranya Zaid dan rakan kongsinya berhajat teruskan saman itu.

Pihak Zaid mendakwa kenyataan media Cheah pada 19 Ogos adalah “fitnah yang serius”.

Mereka juga berkata kenyataan itu, yang menjadi asas kepada laporan dalam beberapa organisasi berita, secara palsu dan berniat jahat mengandungi kenyataan berhubung tindakan mereka dalam rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan.

Peguam berkenaan juga mendakwa kenyataan akhbar oleh Cheah menunjukkan “ia tidak mengambil kira sama ada tuduhan yang diadukan (adalah) benar”.

Mereka berkata kenyataan akhbar itu mencadangkan mereka “sengaja bertindak secara tidak profesional” “dengan agenda yang tidak wajar untuk menyalahgunakan proses mahkamah”, bahawa mereka menggunakan “strategi yang tidak bertanggungjawab”, dan bahawa “kelakuan mereka direka untuk memesongkan perjalanan keadilan” dan “mencemarkan nama baik profesion undang-undang”.

Mereka juga berpendapat bahawa kenyataan akhbar Cheah mencadangkan peguam “tidak profesional, tidak cekap dan tidak tahu peraturan profesional amalan dan etika”, “tidak kesal dalam menyalahgunakan proses mahkamah”, telah bertindak “dengan nyata menghina mahkamah” dan “tidak layak untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara”.

Pada 19 Ogos, Cheah, melalui Majlis Peguam Malaysia membidas retorik dan sentimen antikehakiman terhadap badan kehakiman serta ketua hakim negara yang timbul susulan rayuan terakhir Najib Razak dalam kes SRC International.

Cheah berkata negara telah menyaksikan bagaimana sistem keadilan telah disalahgunakan dan dicemarkan melalui tindakan terburu-buru dan pelbagai percubaan untuk menangguhkan pendengaran rayuan Najib.

Pada 25 Julai, Najib melepaskan Tetuan Shafee & Co dan mengambil Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners untuk mewakilinya dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Menjelang dan semasa rayuan, peguam Najib Hisyam Teh Poh Teik membuat banyak permintaan untuk menangguhkan perbicaraan tetapi ditolak oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Minggu lepas, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah Najib, memerintahkan beliau memulakan hukuman penjara 12 tahun serta-merta.

Najib juga perlu membayar denda RM210 juta, jika gagal membayarnya, dia perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi. – 2 September, 2022.

WOIT

SATU MALAYSIA

NAK DENGAR

PEGUAM NAJIB

DARI UK..OPPS..

DARI

ULU KELANTAN

BERHUJAH

KAH KAH KAH

ATAU SAMAN

INI AKAN SAMPAI

HARI SELASA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: