Khamis, 24 November 2022

DAP MINTA MAAF



KENYATAAN MEDIA



1) Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah YB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

2) Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

3) Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP

24 NOVEMBER 2022

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak kuasa punya pasal taknak pas punya pasal.. jilat pun jilatla..

cikminah berkata...

Kahkahkahkah.... DAP datang menyembah kat Abang Johari, Ketua Menteri Sarawak, mintak nyawa!!!
Maknanya betullah cerita DAP cut off baget Sarawak semasa 22 bulan berkuasa dulu!
Abang Johari kena fikir beribu kali, kalau GPS takda 23 kerusi, adakah DAP mahu hulur tangan, mohon maaf terbuka di atas segala perbuatan mereka kpd Sarawak semasa DAP berkuasa 22 bulan dulu...???
Mohon maaf secara terbuka ada udang di sebalik mee. Abang Johari jangan mudah terpedaya. Lebih baik MP GPS jadi PEMBANGKANG berhemah dpd menyesal di belakang hari.