Khamis, 24 November 2022

NASIHAT MASUK YANG BAIK



Rafizi nasihat penyokong Pakatan tidak berhimpun, elak provokasi

TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli menasihatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya mengelak daripada mengadakan sebarang perhimpunan sambutan sempena pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

Katanya, ini bagi mengelak sebarang risiko provokasi atau kenyataan yang dikeluarkan parti politik lain.

“Berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik.

“Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi,” tulisnya di Twitter.

Rafizi berkata negara mesti bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina semula Malaysia demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat Malaysia.

Pengerusi PH Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada 5 petang hari ini, menurut Istana Negara.

Rafizi juga berharap semua penyokong PH akan menghormati keperluan mendesak untuk meredakan sebarang situasi seperti dilakukan oleh pemimpin PH semasa rundingan untuk kerajaan perpaduan.

Selepas berhari-hari kebuntuan politik, difahamkan pemimpin mencapai kata sepakat yang Anwar – selepas hampir 25 tahun menjadi pembangkang – akan memegang jawatan tertinggi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini. – 24 November, 2022. 

NASIHAT BAIK

AMIN

JANGAN 

DIPERANGKAP

OLEH PROVOKASI

AMIN

JANGAN

TERJERUMUS

DALAM

PERANGKAP

KETIKA DLM

KEGEMBIRAAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

wabwas berkata...

Pulak dah.. macam mana dengan merayakan budaya muda tt? Den baru nk merayakan dengan sebotol air anggur tepi jalan.

wabwas berkata...

Eh ini bukan orang bijak pandai yang sama ke paling lantang tolak khemah besar marin?