Isnin, 14 November 2022

KENAPA ANWAR TAK SERANG BARISAN ?



Hanya serang PN, isyarat Anwar akan bekerjasama dengan Zahid?


Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang hanya memfokuskan serangan terhadap Perikatan Nasional (PN) berbanding Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat kerjasama dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata tindakan Anwar itu seolah-olah dilihat tidak mahu melukai hati atau membakar "jambatan" antara PH dan BN dan disebabkan itu presiden PKR itu dilihat sangat berhati-hati.

"Kerana dia percaya BN akan menang lebih banyak kerusi berbanding PN khususnya Umno berbanding Bersatu," katanya kepada MalaysiaNow.

Sebelum ini, Anwar dalam satu tulisan di Facebook yang ditujukan kepada pengundi Tambun mengkritik kerajaan PN dan menggelar bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai gagal menguruskan negara ketika berdepan ancaman Covid-19.

Bagaimanapun, Muhyiddin dalam salah satu siri kempennya sempena PRU15 berkata, ketika negara berdepan dengan pandemik, Anwar sebagai ketua pembangkang tidak tampil untuk bersama-sama memerangi Covid-19 dan sebaliknya hanya tahu mengkritik.

PH pada 2018 diberi peluang menjadi kerajaan selepas menang PRU14 dan menewaskan BN buat pertama kali dalam sejarah.

Bagaimanapun, sepanjang 22 bulan pentadbiran PH dicemari dengan desakan agar perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad agar meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Anwar.

Pergolakan dalaman PH akhirnya menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan dan Bersatu meninggalkan PH.

Drama panjang itu kemudiannya berakhir dengan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Muhyiddin hanya bertahan sebagai perdana menteri selama 17 bulan dan pada Ogos 2021,  Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan itu selepas presiden Bersatu itu hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Ramai penganalisis dan pemerhati politik menjangkakan tiada gabungan yang mampu mendominasi kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan termasuk BN.

"Justeru semua blok termasuk blok dari Sabah dan Sarawak sekarang sangat berhati-hati," tambah Jeniri.

Sementara itu, pemerhati politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berpandangan Anwar sangat kecewa terhadap PN khususnya Bersatu dan Muhyiddin.

Katanya, ini kerana beliau menganggap Bersatu dan Muhyiddin sebagai punca tumbangnya kerajaan PH.

Bagaimanapun, kritikan itu juga ditafsirkan sebagai strategi PH untuk mendapatkan kerusi Parlimen sebanyak mungkin dengan "menyerang" musuh-musuh PH termasuk PN dan BN dengan menggunakan beberapa contoh isu.

"Tak semestinya PH hanya tumpu kepada PN sebab ada juga masa mereka menyerang BN, jadi ia bergantung kepada situasi," kata Mazlan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, kritikan Anwar sama ada terhadap BN atau PN tidak bermakna potensi usaha sama PH bekerjasama dengan antara dua gabungan besar itu sebagai perkara yang mustahil.

"Tiada yang pasti dalam dunia politik," tambahnya.

WOIT

MANA BOLEH

SERANG

KAH KAH KAH

LEPAS PRU 

NAK KAUTIM

AMIN

LAGI PUN MAIL

DAN ZAHID 

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

MACAM MANA

NAK LAWAN

ANWAR

KAH KAH KAH

BAIK KAUTIM

DARI AWAL

UNTUK SELAMAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: