Isnin, 14 November 2022

TIAN CHUA CALON BATU


Tian Chua pasang arca 'Kerusi Rakyat"


BEKAS naib presiden PKR Tian Chua, yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Batu, di Kuala Lumpur, membangunkan lapan arca menggunakan kerusi, yang menjadi lambangnya pada kertas undi.

Instalasi seni yang diberi tajuk “Kerusi Rakyat” itu menggambarkan tanggungjawab ahli politik sebagai wakil suara rakyat, katanya.

“Rakyat adalah penentu and pemilik kedudukan politik negara.

Idea yang dimaksudkan dalam karya seni ini konsisten dengan iltizam dan cogankata kempen saya, iaitu “Kerusi untuk Rakyat”.

“Simboliknya, ‘kerusi’ adalah lambang yang saya tandingi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Lapan arca itu dipasang di sekitar kawasan pilihan raya Batu, antaranya di Jalan Ipoh, Sentul Pasar, dan Bandar Baru Sentul.

Arca daripada kayu berukuran 12 kaki tinggi dan 20 kaki lebar itu diilhamkan aktivis Hishamuddin Rais.

Sementara itu, Chua yang berpendapat seni juga ada peranannya dalam politik berharap arca ini akan memeriahkan lagi kempen pilihan raya umum di Batu, yang mencatatkan rekod ditandingi 10 calon.

“Saya ingin sampaikan perjuangan saya kepada masyarakat di Parlimen Batu adalah utuh, seperti utuhnya asas kerusi ini,” katanya.

Chua bertanding sendiri selepas tidak dinamakan calon oleh PKR. Selepas tidak tersenarai jadi calon, beliau menulis sebuah puisi berjudul Pamitan.

“Ku dibuang ke/ dunia jiwa-jiwa yang gugur/ Cerialah, kawan-kawanku/ Semuanya dah teratur/ Ini bukan jalan yang tidak boleh kembali,” tulisnya.

Chua mencabar calon PH dari PKR P Prabakaran, yang juga penyandang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Prabakaran bertanding bebas didukung oleh PH selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Chua.

Parlimen Batu jadi tumpuan kerana 10 calon bertanding, yang teramai pada pilihan raya ini dan dalam sejarah pilihan raya Malaysia. – 14 November, 2022.




APA YANG WAJIB

AKU LAKUKAN

TELAH AKU

LAKUKAN

AMIN

TANDA SETIA

KAWAN DALAM

SATU PERJUANGAN

AMIN

KHALAS



Tiada ulasan: