Selasa, 22 November 2022

SELAMATKAN MALAYSIA DARI UMNO


Umno gagal belajar daripada kesilapan lalu, kata pemerhati

UMNO melakukan beberapa kesilapan yang tidak henti-henti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu yang menyebabkan calon-calon ‘heavyweights’ tewas, hilang dua negeri serta prestasi buruk Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Pemerhati politik memberitahu The Malaysian Insight, Umno juga gagal belajar daripada pilihan raya lalu, tidak menghiraukan sokongan Melayu yang semakin berkurang sejak 2018.

Mereka juga tidak menafikan elemen sabotaj dalam Umno selepas Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menggugurkan beberapa ‘warlords’ daripada bertanding.

Umno hanya menang 26 Parlimen, salah satu kekalahan terburuk sejak negara merdeka.

Semua nama besar seperti Khairy Jamaluddin, Mahadzir Khalid, Abdul Azeez Rahim dan Tengku Zafrul Abdul Aziz tewas.

Ramai yang tewas di tangan calon Perikatan Nasional yang pertama kali menjadi wakil rakyat.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Zahid gagal memahami sentimen rakyat boleh berubah dengan mudah sedangkan beliau masih terbuai dengan prestasi cemerlang Umno di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka awal tahun ini.

Tambahnya, kegagalan Umno bersaing dengan PN melalui media sosial sepanjang tempoh berkempen menjadi punca lain mengapa parti Melayu itu kehilangan begitu banyak kerusi kepada PN.

“Jelas sekali Umno tidak belajar daripada kesilapannya. Mereka terbawa-bawa dengan kemenangan PRN Melaka dan Johor. Perkara sama jadi bila mereka buat PRU14 lepas menang bergaya di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Tingkah laku pengundi kerap berubah dan Umno tidak boleh bergantung kepada keputusan di Melaka dan Johor. Tambahan pula mereka menggesa pilihan raya semasa musim tengkujuh, sebab itu mereka ditumpaskan,” katanya.

Hisomuddin berkata pengundi pertama kali termasuk yang atas pagar dipengaruhi oleh kempen dalam talian PN terutamanya melalui TikTok malah katanya pengundi muda tanpa parti lebih memilih PN.

“Ia seperti BN bagi PN tumpang sepanjang tempoh kempen. Mereka tidak cuba lawan atau cabar PN pun. Sebab itu pengundi pertama kali mudah dipengaruhi PN,” kata Hisomuddin.

Pakatan Harapan (PH) menang 76 kerusi, sementara rakan gabungannya DAP Sarawak mendapat lima kerusi dan Muda satu kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 82 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) dan PAS menang 51 dan 22 kerusi dengan jumlah keseluruhan 73 kerusi.

Barisan Nasional (BN) menang 30, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan Bebas (2). – 22 November, 2022.

BAGUSLAH

GEROMBOLAN

BUAT SILAP

MAKIN KALAH

AMIN

INI PARTI

BONEKA INGGERIS

AMIN

NAMA PUN

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

AMIN

CAKAP 

KETUANAN MELAYU

TAPI NAMA 

INGGERIS

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mesia menuju kearah duplikasi Lubnan

Tanpa Nama berkata...

Tikam belakang, khianat rasuah curi sondol menyamun semua sifat cukup gambarkan parti Ketuanan Melayu, ada sifat kurang tak? Kah kah kah bila masa Melayu pernah Bersatu ? Asyik bergaduh khianat tik belakang ITU saja kerja Dari zaman Melayu melaka dahulu sampai sekarang, bagi lah penjaja jadi Boss's senang sikit cari makan, dulu Kerala jaga 22 tahun tarak masalah pun, sekarang cari satu Cina atai Kerala jaga balik, kah kah kag

Tanpa Nama berkata...

biar la dia BN pulak bukak blog mcm tt... bior merasa jadi mcm tok tt, mcm sy nie, tiap2 bulan lpas nie soru miss, gaji riban2 dah yilek.. duit leterik kena bayar sendiri, air bayar sendiri... umah da la besar2 kilang... syukur... akhirnya begabung jugak dia orgBN dgn dia orgDap... hahahahhaa tu klu phAnuar maintain peeeM tepi...