Rabu, 23 November 2022

WAT IS DE BEKOS



Polis lancar sekatan jalan raya seluruh negara

POLIS telah mengadakan sekatan jalan raya di lokasi strategik di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara.

Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata tiada sekatan jalan raya akan diadakan pada waktu puncak bagi memastikan aliran trafik lancar, menambah yang keselamatan negara terkawal.

“Bermula 22 November, 2022 sehingga satu masa ditetapkan, polis akan melancarkan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara secara penugasan 24 jam.

“Langkah mendirikan sekatan jalan raya ini adalah sebahagian daripada usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya, terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arahan dikeluarkan ini muncul selepas Acryl Sani memberi amaran keras kepada pengguna media sosial supaya tidak menimbulkan ketegangan atau membuat kenyataan provokatif yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Semalam beliau berkata polis telah mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 serta pembentukan kerajaan.

“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya.

Pada Sabtu, Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi parlimen, diikuti Perikatan Nasional dengan 73 dan Barisan Nasional, 30.

Pemimpin politik masih bertelagah tentang pihak mana yang boleh membentuk kerajaan. Dalam pada itu ahli Parlimen Barisan Nasional dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini. – 23 November, 2022.

WAT IS 

DE BEKOS

AMIN

NAK JAGA

KESELAMATAN

KITA SEMUA

KHALAS

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua terfikir, kenapa tiada sekatan jalanraya di seluruh negara..bukan ke ulama2 dari pantai timur dan utara yg berhati waja dan berani mati demi agama dan melayu?sejak zaman berzaman, org2 melayu berperangai sama. malay and amok.namun, amokkan melayu, amokan agamawan gagal mengalahkan british, malah ketua2agamawan dan melayu mrk sanggup mkn pension dari british..rasis kembali dimalysia, malaysia adalah negara rasis.

Tanpa Nama berkata...

gua fikir lebih baik petronas menyerahkan minyak kpd kelantan dan terengganu so ore kelate dan ganu..biarkan minyak ini diuruskan oleh syarikat2 kelantan dan tganu agar mrkdpt memajukan kelate dan tganu mengikut acuan mrk..org pantai timur ramai keje gomen, keje di pantai barat.mrk ada org2 pandai,cerdik, prof2 so kita suh mrk bina negeri mrk.graduate mekah grade madinah, balik msia keje jd penghukum agama kemudian meyalahkan liberal, dap dan dan..walhal, selangor dan penang negeri tanpa minyak pun bole maju..melainkan org pantai timur mmg taknak majukan negeri mrk agar harga tanah murah, labor kos murah, bole bayar gaji ore kelate tganu dgn slip amal jariah..mamak pun dah pandai masak tomyam..