Rabu, 23 November 2022

DEMI RAKYAT - RAJA BERSIDANG


Raja-Raja Melayu mesyuarat isu PM10 esok

YANG di-Pertuan Agong akan mengadakan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu esok berhubung isu pelantikan perdana menteri kesepuluh dan pembentukan kerajaan, menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja  Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, pertemuan jam 10 pagi itu bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi tujuan tersebut.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.”

Ia bagi memandu baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan ahli Dewan sebagai perdana menteri, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia bagi memecahkan kebuntuan kerana masih tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik ke jawatan itu.

Semalam Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Menurut Anwar, Baginda mencadangkan PH dan PN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Muhyiddin dalam sidang medianya selepas mengadap Agong menolak saranan Baginda bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan PN konsisten dengan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan PH.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memenuhi kehendak Agong dengan mana-mana pihak.

Dalam pilihan raya umum minggu lepas, PH menang 83 kerusi. PN memperoleh 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi.  – 23 November, 2022.

YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

DEMI RAKYAT

DEMI NEGARA

RAJA MELAYU

BERSIDANG

KHALAS

Tiada ulasan: