Rabu, 23 November 2022

TITAH AGONG



Agong titah BN sertai kerajaan perpaduan, kata Zahid 

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan gabungan itu menyertai kerajaan perpaduan.

Menurut laporan Malaysiakini, Zahid dan dua lagi pemimpin menerima titah berkenaan semasa mengadap Agong pagi tadi.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” Zahid dipetik sebagai berkata oleh portal berita berkenaan.

Mengenai BN tidak menyokong mana-mana gabungan politik lain untuk membentuk kerajaan, Zahid berkata ia bukan sebahagian daripada titah Agong.

Terdahulu hari ini, Zahid bersama timbalan BN Mohamad Hasan dan setiausaha agung Zambry Abdul Kadir hadir ke Istana Negara.

Beliau berada hampir 45 minit di dalam istana.

Zahid berkata perkara itu akan dibincangkan oleh majlis tertinggi Umno dan majlis tertinggi BN nanti.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, yang turut menghadap Yang di-Pertuan Agong, menolak usul penubuhan kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan.

Anwar, yang turut menghadap Agong, mendakwa selain mahukan kerajaan perpaduan, baginda juga mahu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil merangkumi semua kaum dan agama.

“Ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah rakyat dan memulihkan ekonomi”.– 23 November, 2022.

YA AMPOON

JALAN TERBAIK

UNTUK KITA

SEMUA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik tengok MCA MIC ini sibuk minta Presiden Ketuanan Melayu letak jawatan, woit kamu menang berapa kerusi ? Kah kah atau jadi alat alatan kepada mereka yang tidak berani bersuara depan macam selalu, baling batu sembunyi tangan? Bukan kah kita dah lama lihat drama sketsa politik UMNO sekian lama, hubaya hubaya bising sampai dapat, lepas dapat terus menikus kah kah kah semua tahu, dapat jawatan, dapat projek, dapat komisen, dapat apa apa lah untung diri, buka kerana parti jauh sekali untuk ahli, sasar terus untuk rakyat demi agama demi bangsa semua karut Marut semuanya demi kepentingan sendirian Bhd sahaja amin kah kah kah kalau tak nampak baik buta terus

Tanpa Nama berkata...

elokdah tu..semua ada ...peliwat...perasuah...pesakau...komunis ...liberal termasuk ko yang jahil agama ..senang umat islam dan orang melayu akan buat keputusan pada pru 16 nanti....kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

patutnye pn atau ph jangan layan bn ni... jangan pedulikn... jangan disebuk2kn pasai dia... lantak dia le dok sorang2... kenapa nk diajak parti yg perasuah ni masuk jadi kerajaan... abaikn saje... ph atau pn bentuk le kerajaan... keraajan minoriri pun x ape... masa bersidang pakat le elok2.... demi rakyat dn negare... x kn x blh...