Rabu, 7 Disember 2022

INI BUKAN HAL LOJIK

Tak logik syarikat judi bayar Perikatan, kata Hadi

TIDAK masuk akal untuk syarikat perjudian membiayai kempen pilihan raya umum Perikatan Nasional (PN) kerana PAS sendiri berusaha untuk menutup perniagaan mereka, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden parti itu berkata pengendali premis perjudian boleh disifatkan sebagai bodoh kerana membiayai mereka yang mahu merobohkan institusi perniagaan itu.

“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN), sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. 

“Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih,” kata ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Hadi berkata parti komponen PH sebelum ini membantah kedai judi ditutup di negeri yang ditadbir PAS - Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada Isnin Anwar membuat kenyataan bahawa dana PN untuk kempen pilihan rayanya datang daripada syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Anwar dipetik portal berita Malaysiakini selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet. – 7 Disember, 2022.          


INI BUKAN

SOAL LOJIK

AMIN

SOALNYA

MASA JADI 

KERAJAAN NAPA

TAK TUTUP

GENTING

KHALAS

MASA JADI

MENTERI BARU

SEDAR REALPOLITIK

KAH KAH KAH

BARU TAHU DUIT

PUNCA  KUASA

KAH KAH KAH

ATKDA FULUS

SUSAH

 NAK BERKEMPEN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit sejak zaman berzaman semua tahu syarikat Judi terkenal iaitu Genting support puak puak menteri ini khusus MOF lah, tak payah bohong, tak payah tipu lah, ini semua sudah tahu, hakikat tak kira parti apa perlu Wang, Wang segalanya dalam politik jangan tipu lagi lah, tak kira siapa, ada alasan teruskan perjudian, hasil lumayan tapi tapi tapi semuanya hasil orang kafir, hasil Haram tetapi kalau duit wasalamuaikum segala saja woit kah kah kah tak payah logik tak payah radio Nasional semua tahu semua sedar Wang hasil cukai Judi begitu membantu rakyat Malaysia khususnya Melayu Isle kah kah kah kalau Masih nafi pergi duduk unta lagi baik kah kah kah