Rabu, 7 Disember 2022

KERAJAAN GAYA HIDUP


Perikatan akan beri tentangan sengit kepada Pakatan tahun depan, kata penganalisis

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka memberi saingan sengit kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan, susulan perubahan landskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, kata penganalisis.

Pada PRU15 lepas, enam negeri tidak membubarkan DUN apabila bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah yang ditadbir PAS-PN manakala Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dipimpin PH.

Penganalisis berkata, PAS jelas sekali juara pada PRU15 apabila menang 49 daripada 222 kerusi parlimen, sekali gus menggantikan Umno sebagai parti Melayu terbesar.

Persoalan kebanyakan penganalisis politik sekarang ialah: Adakah “gelombang hijau” parti Islam itu akan kekal dalam PRN nanti, khususnya di negeri yang ditadbir PH?

Pakar politik Melayu Chin Chong Foh memberitahu The Malaysian Insight serangan “gelombang hijau” khususnya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bergantung kepada beberapa faktor.

“Pertama, mampukah PH dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama ketika ini memandangkan dua parti itu sebahagian daripada kerajaan persekutuan?

“Jika mereka boleh bekerjasama dengan baik, maka PH ada peluang besar untuk kekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Selangor selepas PRN,” katanya.

Chin berkata PH sudah memulakan langkah positif di Perak dan Pahang dengan memberi jalan kepada BN mengangkat menteri besarnya selain meletakkan ahli exco BN.

“Saya percaya BN akan balas jasa dengan beri laluan kepada PH di Pulau Pinang dan Selangor,” tambahnya.

Bagaimanapun Chin berkata BN mungkin tidak akan buat perkara serupa di Negeri Sembilan di mana Umno merupakan parti tunggal terbesar walaupun PH adalah blok terbesar.

BN, katanya, masih menjadi parti dominan di negeri itu dan pengaruhnya masih agak kuat di sana.

“Saya tidak percaya Umno akan beri laluan dengan mudah (di Negeri Sembilan).”

BN mungkin heret Pakatan

Chin juga berkata PRN di Negeri Sembilan boleh berakhir dengan pertembungan tiga penjuru antara tiga blok politik utama yakni BN, PH dan PN.

“Setakat ini, BN boleh dapatkan semula kuasa di negeri ini. Bagaimanapun, ada juga kemungkinan BN dan PH boleh bentuk kerajaan campuran.”

Chin yang juga timbalan pengarah UTAR berkata PRU15 telah menunjukkan kekuatan BN kini terletak di negeri-negeri utara dan pantai timur.

“Tidak dinafikan, BN akan bertanding dalam PRN di Terengganu, Kelantan dan Kedah nanti.

“Persoalannya adakah PH akan beri laluan kepada BN untuk menentang PN.”

Chin juga berkata dalam pertarungan dua hala, PN mungkin tidak dapat menang besar.

Beliau berkata kejayaan PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada PRU15 bukan kerana pengundi Melayu telah beralih ke arah politik agama.

Beliau berkata kejayaan itu adalah kerana PH telah memulakan kempen antirasuah, anti-Ahmad Zahid Hamidi manakala PAS, yang calon-calonnya bertanding guna tiket PN, cuma menumpang untuk memenangi beberapa kerusi tambahan.

Chin berkata jika pengundi masih tidak suka kepada BN, ia boleh menjejaskan PH dan kemungkinan besar gabungan itu boleh hilang beberapa kerusi dalam PRN di Selangor dan Pulau Pinang.

“Mungkin juga menang hampir separuh atau satu pertiga daripada kerusi.”

Tetapi untuk PN memenangi kedua-dua negeri itu agak mustahil, tambahnya.

Pada PRU14, PH menang 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor dengan BN cuma menang empat manakala PAS satu.

Walaupun Bersatu dan beberapa ahli PKR telah meninggalkan parti itu berikutan Langkah Sheraton, PH masih pegang majoriti kerusi di DUN Selangor.

Baru-baru ini, Menteri Besar Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan negerinya bersedia berbincang dengan kerajaan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor mengenai pembubaran DUN secara serentak supaya PRN dapat diadakan pada masa yang sama.

Mandat DUN Pulau Pinang tamat pada 2 Ogos tahun depan. – 7 Disember, 2022.

SEMUA 

BERGANTUNG

PADA 6 BULAN

AKAN DATANG

AMIN

JIKA  ANWAR X

MEMIMPIN DG BAIK

MAKA PAKATAN

AKAN MENANG LAGI

AMIN

TAPI BAHAYA 

MENUNGGU

AMIN

EKONOMI

DUNIA AKAN

MELESET

AMIN

INI AKAN MEMUKUL

NEGERI PAKATAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oittt tak payah tunggu 6 bulan leee...melayu islam dah bersatu bersama PN....hampir semua negeri akan kegenggaman PN nanti....jgn bimbang bhaii...jika ko mati pun nanti...org- org PN pun akan solat jenazah untuk ko...jika ko masih islam leee...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Selagi ada duit selagi ada kemajuan, banyak duit 600 billion ITU, kah kah kah buat lah apa yang patut, kah kah kah beku sejuk dulu akaun akaun bank, buat tangkapan buat rampasan macam di a villa dulu kah kah kah baru pecah rahsia kah kah siapa boleh percaya? Mana nak cari Singh ITU lagi dah pencen kah kah kah