Rabu, 22 Februari 2023

APAKAH SUDAH ADA JANJI ?


Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan dapatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Ghazali akan didedahkan di Parlimen.

Menurut sumber FMT, SPRM dikatakan sudah menyerahkan jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh dua ahli Parlimen yang menggesa dapatan hasil siasatan itu didedahkan dalam Parlimen sebelum ini.

Kata sumber itu, kemungkinan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi,  Azalina Othman akan mendedahkannya dalam Dewan Rakyat dalam sehari dua ini.

Pada Mei tahun lepas, SPRM mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Mohd Nazlan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, yang mana Ketua Pesuruhjaya,  Azam Baki berkata siasatan itu adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Ia susulan Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya pula berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

WOIT

APAKAH INI

SEBAHAGIAN

DARI PROJEK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

UNTUK BEBASKAN

NAJIB

AMIN

PASAL APA 

KES MAHKAMAH

DI BAWA 

KE PARLIMEN

AMIN

PROJEK INI

SENGAJA NAK

LIBATKAN PARLIEMN

NAK TUNJUK

SEMUA ADIL

WALHAL MUNGKIN

DAH ADA

JANJI JANJI

YANG TELAH 

DIBUAT 

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: