Selasa, 14 Februari 2023

BUAT KERJA YANG SAMA



Saya ada bukti kerajaan guna kuasa ‘tutup mulut’ pengkritiknya – Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Pembangkang sukar mempercayai kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bahawa kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor,  Wan Saiful Wan Jan  mempunyai bukti yang kerajaan menggunakan kuasa untuk ‘menutup mulut’ pengkritiknya di media sosial.

Katanya, terdapat aktivis media sosial menerima notis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk disiasat pada 19 Januari lalu dan notis yang meminta kata laluan bagi telefon pintar dan media sosial.

Beliau turut mendakwa terdapat seorang ahli Parlimen yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kandungan yang dikongsi di media sosial.

“Saya sukar nak percaya jawapan menteri. Saya ada bukti kerajaan PH-BN ini menggunakan kuasa dan agensi bukan nak jaga rakyat tetapi diri sendiri dan kerajaan sendiri

“Ada notis diberikan kepada aktivis media sosial yang memihak Perikatan Nasional,” kata Wan Saiful dalam sidang media di lobi Parlimen.

Dakwaan yang sama dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Terbaharu satu notis yang dikeluarkan terhadap Mohd. Hanif yang diminta untuk hadir oleh SKMM hari ini pada 1.30 di Bandar Hilir.

“Ini merupakan satu tindakan yang saya kira usaha untuk menyekat kebebasan terhadap anak-anak muda.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah mereka sedang menyekat kebebasan bersuara terhadap anak muda yang telah diperjuangkan oleh PH sendiri dalam manifesto mereka?” soalnya.

Terdahulu, Fahmi hari ini memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.

Sebaliknya perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk platform media sosial membawa kepada sekatan ke atas kandungan tertentu bukannya pemilik akaun secara individu.

Fahmi juga berkata, sebanyak 197 kandungan – termasuk 101 di TikTok – telah diturunkan dari platform media sosial sepanjang bulan lalu.-

WOIT

SEKARANG

HANG BARU

SEDAR

AMIN

DULU HANG

BUAT KERJA

YANG SAMA

AMIN

SEKARANG HANG

RASA MACAM

MANA   DULU

RAMAI KENA TUTUP

LAWAN ABAH

AMIN

KALAU TAK BUAT

KERAJAN DILIHAT

BODOH

AMIN

PADAN MUKA

SEKARANG ZAMAN

HANG KENA TIBAI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau jadi kerajaan kena lah guna agensi lawan musuh, kalau tak guna namanya Bodoh bang woit, tak kan ini pun tak tahu, pergi masuk tadika politik dulu woit kah kah kah semua nak duit, siapa pegang kunci bank negara berkuasa kah kah sama saja engkau orang pun dulu, sekarang nak bison bising pulak woit kah kah kah jangan bagi kenyataan yang semua dah tahu, Bodoh namanya