Selasa, 14 Februari 2023

SELAMATKAN NEGARA - MASUKKAN KLUSTER MAHKAMAH KE DALAM PENJARA



Akar umbi sudah muak pemimpin kayangan UMNO – Dendera Billah


KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO didakwa sudah muak dengan kumpulan kayangan yang wujud dalam kalangan kepimpinan bahagian dan cawangan parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, sifat itu kini dirasai rakyat hingga menyebabkan parti itu terus berdepan dengan defisit kepercayaan pengundi.

“Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) PRU15 lepas bukan hanya kerana drama pergaduhan dalaman yang ditayangkan kepada umum.

“Bahkan ia disebabkan oleh wujudnya sifat elitis dalam kalangan pemimpin cawangan dan bahagian (UMNO),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Bagaimanapun Mohd Dendera Billah berkata, akar umbi UMNO diingatkan perlu kembali menjuarai permasalahan rakyat selepas diberi peluang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.


“UMNO ketika ini berpeluang untuk meningkatkan keupayaannya bagi menjadi teraju utama dalam memperjuangkan isu-isu asas rakyat.

“Untuk menambat semula hati rakyat, UMNO harus kembali kepada fungsi asal iaitu menjadi tempat mengadu rakyat dan berupaya menyelesaikan setiap permasalahan mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, perkara itu tidak boleh dicapai sekiranya akar umbi UMNO terus berpecah-belah dan terus bermain dengan pelbagai sentimen.

“Hal ini tidak akan dapat dicapai sekiranya ahli-ahli UMNO sendiri tidak bersatu padu dalam mengendalikan hal-hal dalaman parti ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, UMNO perlu menggunakan peluang kedua dalam Kerajaan Perpaduan untuk melakukan muhasabah diri dan menilai langkah-langkah pembaharuan bagi memastikan parti itu tidak lagi ditolak rakyat.

“Kita perlu giat memperjuangkan isu rakyat dan memberi tumpuan kepada kebajikan ahli UMNO terutamanya golongan B40 yang masih lagi setia dengan perjuangan parti ini.

“Kita perlu memulakan langkah rekonsiliasi dengan niat yang ikhlas iaitu perjuangan UMNO perlu berlandaskan kepentingan rakyat,” katanya lagi. 



SELAGI KLUSTER

MAHKAMAH

BELUM MASUK JIL

SELAGI ITU

GEROMBOLAN

AKAN DITOLAK

AMIN

CARA TERBAIK

UNTUK SELAMATKAN

GEROMBOLAN

IALAH SIMPAN

SEMUA KLUSTER

MAHKAMAH

KE DALAM JIL

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini UMNO Cawangan mana? Nama pun macam Indon seledup masuk kah kah kah? Betulkan Dendera Indra Putra orang Malaysia??? Kah kah saja tanya jangan marah marah ya, memang lah muak sekarang sebab tarak masuk masuk macam zaman Bossku, mestilah marah meluat semua kah kah muak ITU semua simpan dalam tak payah luah luah sekarang, dulu diam diam masuk senyap sunyi kah kah kah tetiba semua jadi berani bagus lah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ini UMNO Cawangan mana? Nama pun macam Indon seledup masuk kah kah kah? Betulkan Dendera Indra Putra orang Malaysia??? Kah kah saja tanya jangan marah marah ya, memang lah muak sekarang sebab tarak masuk masuk macam zaman Bossku, mestilah marah meluat semua kah kah muak ITU semua simpan dalam tak payah luah luah sekarang, dulu diam diam masuk senyap sunyi kah kah kah tetiba semua jadi berani bagus lah kah kah

Azahari Ahmad berkata...

Kluster haramejadah