Selasa, 7 Mac 2023

GEROMBOLAN DISELAMATKAN

 



Saifuddin sahkan guna kuasa menteri elak Umno dibatal pendaftaran

MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan beliau menggunakan kuasanya sebagai menteri mengikut Akta Pertubuhan 1996 untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya berhubung isu pemilihan parti itu.

Dalam satu kenyataan, Saifuddin berkata beliau menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan mengecualikan Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta yang sama.

Seksyen 13 memperincikan pembatalan pertubuhan yang berdaftar mengikut akta.

Seksyen 70 pula memperuntukkan kuasa budi bicara menteri untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan daripada pemakaian mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.

Menurut Saifuddin, keputusan dibuat berhubungan usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti yang akan berlangsung 18 Mac ini.

Katanya, keputusan menggunakan kuasa menteri itu dibuat selepas merujuk perlembagaan dan peraturan persidangan Umno.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata Umno akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti yang menjadi titik pertikaian.

Beliau mahu pendedahan surat itu kepada umum menamatkan polemik berkenaan.

Zahid menjawab gesaan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang mahu surat berkenaan didedahkan kerana ada percanggahan laporan media mengenai keputusan RoS.

Beliau juga sebelum itu berkata Saifuddin telah mengecualikan Umno daripada peruntukan Akta Pertubuhan berkenaan pembatalan pendaftaran.

Keputusan RoS dan kuasa menteri mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan ini berbangkit selepas dua ahli Umno membuat bantahan berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 pada 14 Januari yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.

Pemilihan Umno akan diadakan pada 18 Mac ini selepas tertangguh sejak pertengahan 2021. – 7 Mac 2023. 

 YANG NI

HAMZAH NYESAL

KAH KAH KAH

DULU ADA 

PELUANG

BUNUH 

GEROMBOLAN

TAPI

TAK LAKUKAN

KAH KAH KAH

SEKARANG

PENCURI PENYAMUN

DISELAMATKAN

KAH KAH KAH

DALAM POLITIK

WAJIB MENGENAL

MUSUH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua tak pelik hamzah tak bunuh umno yang gua pelik macam mana DAP boleh selamatkan UMNO...