Isnin, 13 Mac 2023

MUHYIDIN NGAKU TAK SALAH



Muhyiddin mengaku tidak bersalah ubah wang haram RM5 juta

BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Muhyiddin, 75, yang juga presiden Bersatu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

“Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah,” kata Muhyiddin. 

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai presiden Bersatu menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti berkenaan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 7 Januari 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, sabit kesalahan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah supaya mengguna pakai ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang ditetapkan ke atas Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lepas.

“Saya juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memandangkan ia berkait dengan perbicaraan di sana serta tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen tersebut sudah ditetapkan pada 26 Mei ini,” katanya.

Permohonan itu tidak dibantah peguam mewakili Muhyiddin, iaitu K. Kumaraendran.

Rozilah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta membenarkan kes itu dipindahkan ke mahkamah sama (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).

Pada 10 Mac lepas Muhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai perdana menteri Malaysia dan presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

Pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Muhyiddin turut diwakili peguam Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Terdahulu, pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang memakai sut lengkap berwarna hitam tiba di mahkamah pada 8.20 pagi ditemani isteri, Noorainee Abdul Rahman. – Bernama, 13 Mac 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

MESTI NGAKU

TAK SALAH

KAH KAH KAH

MUSTAHIL AKAN

NGAKU SALAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau malikul sembab lepas, Najib dgn Zahid pun patut lepas. Kahkahkah. Siapa bebaskan siapa kita tunggu dan lihat....

Hudbenseman berkata...

Gwa cadangkan Najib,Zahid, Muhyidin dibicarakan serentak sajalah untuk jimatkan duit org2 pembayar cukai macam gwa ni.
Lagipun nama pertuduhan saja berbeza, konsepnya masih sama-sakau. Kalau nak bebas biar bebas ketiga2 sekali. Alang2 nak melingkup kasi lingkup semua sekali biar negara ni jadi duluan untuk negara lain. Malaysia boleh.

Tanpa Nama berkata...

Dalam negaraku, selagi tak cakap tarak salah, kalau tangkap baru salah betul kah,? Kalau nak tangkap semua perasuah, kena Bina penjara setiap daerah setiap mukim setiap kampung kah kah kah begitu ramai begitu hebat rasuah tidak dapat berpuluh dengan darah daging kah kah kah , ini bukan suka ini adalah duka, kesian orang orang kita sampai begitu sekali, Merdeka sudah berpuluh tahun tapi rakyat Masih belum Merdeka dari to I rasuah seksa seksa seksa semua yang ada dinluar dalam tepi kiri kanan begitu sampai Pagar jaga padi makan padi, majority siapa ya kah kah kah