Sabtu, 29 April 2023

BERITA TERKEJUT - AMPON NAJIB !!!



Lembaga Pengampunan tak bincang permohonan Najib, lapor media

LEMBAGA Pengampunan tidak membincangkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk diampun dan dibebaskan dari penjara, lapor Free Malaysia Today.

Sumber dipetik portal itu menyangkal laporan yang mendakwa lembaga dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan membincangkan permohonan Najib.

Media sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan dijadual bersidang pada hari ini  bagi membincangkan permohonan petisyen pengampunan dikemukakan oleh banduan yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas didapati sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya, yang disahkan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Panel kedua Mahkamah Persekutuan mendapati tidak berlaku kegagalan proses keadilan ketika mahkamah tertinggi negara mendengar rayuan akhir Najib pada Ogos 2022. – 28 April, 2023.

WOIT

ADA APA

MASALAH DGN

KAJANG

KAH KAH KAH

TILAM DAH ADA

BANTAL ADA

SELIMUT ADA

APA LAGI NAK

KAH KAH KAH

MAKAN TANGGUNG

BERAK CANGKUNG

KHALAS

Tiada ulasan: