Sabtu, 29 April 2023

ZAHRIN MENENTANG MAT SAKAU


SUARA ZAHRIN 

MENENTANG 

MAT SAKAU



Najib Razak tidak boleh di berikan pengampunan.  Semalam saya di jemput  oleh TV Pertiwi memberikan pandangan terhadap pengampunan Najib Razak. Ini antara point apa saya cakap.  

2. Najib Razak tidak boleh merayu pengampunannya kerana dia masih tidak membayar denda 210juta yang di kenakan di samping penjara 12 tahun.   

3. Tidak ada peruntukan dan maksud Pengampunan boleh menghapuskan denda yang di kenakan.

4. Najib Razak menghadapi 4 lagi pertuduhan. Dan pengampunan kes yang masih dalam pembicaraan tidak ada dalam mana-mana prosedur dalam pengampunan kuasa Istana Negara membebaskan pertuduhan yang masih belum di bicarakan.

5. Apa pun kunci bagi pengampunan terletak di tangan Peguam Negara. Peguam Negara yang memperakui boleh di terima atau di tolak melalui reprentasi yang di sediakan. 

6. Kuasa Istana Negara tidak mutlak dalam soal pengampunan. Masih tidak boleh bertindak tanpa mengikut prinsip dan konvensyen 'bertindak atas nasihat' .   

7. Pandangan eksekutif itu asas pengampunan.. Setuju atau tidak.

Tiada ulasan: