Selasa, 25 April 2023

POLIS BANYAK TUGAS LAIN


Polis buru pasangan berbaju raya buat aksi ‘whelie’


KUALA LUMPUR- Polis sedang memburu seorang lelaki yang menunggang motosikal melakukan aksi berbahaya sambil membonceng seorang wanita yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman,  Mat Kasim Karim berkata, aksi ‘whelie’ itu dikesan berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, video itu jelas memaparkan penunggang terbabit bersama pemboncengnya melakukan aksi itu dalam keadaan lengkap berpakaian baju raya.

“JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut.

“Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dala kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mat Kasim berkata, polis meminta penunggang motosikal itu hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat di media sosal memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita menunggang motosikal dengan melakukan aksi ‘whelie’ dipercayai berlaku di Kota Bharu. – 

WOIT

POLIS ADA

TUGAS LEBIH

PENTING

AMIN

INI PENGARUH

NAK JADI

VIDEO VIRAL

AMIN

BIARKAN DIA

ISI TIK TOK DIA

AMIN

YANG MATI MEREKA

POLIS JANGAN

BUANG MASA

ADA BANYAK 

TUGAS LAIN

KHALAS

Tiada ulasan: