Sabtu, 20 Mei 2023

CUACA MALAYSIA SEMAKIN PANAS

Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan, kata menteri


KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika ini, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

“KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar.

“Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas jerayawara pendidikan Madani dan majlis sambutan hari raya bersama menteri pendidikan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Kelantan dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi Afizulazha Abdullah.

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan pakej guru EL30 dan M40 yang merupakan kerjasama strategik Yayasan Didik Negara dan CelcomDigi.

Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Kementerian turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – Bernama, 20 Mei, 2023.

BUKTI JELAS

KIAMAT IKLIM

TELAH SAMPAI

AMIN

UMAT MANUSIA

MASIH ENGGAN

BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: