Khamis, 11 Mei 2023

KIAMAT IKLIM



Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah catat cuaca panas berjaga-jaga

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak. 

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu,” menurut catatan itu.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – Bernama, 10 Mei, 2023.

TANDA 

KIAMAT IKLIM

MAKIN JELAS

AMIN

CUACA MAKIN

TIDAK MENENTU

AMIN

UMAT MANUSIA

DALAM BAHAYA

AMIN

UMAT MANUSIA

AKAN PUPUS JIKA

TIDAK MELAKUKAN

PERUBAHAN

KHALAS

Tiada ulasan: