Khamis, 11 Mei 2023

MALAYSIA MENUJU PAKISTAN



Badan Peguam isytihar

 hilang kepercayaan

 terhadap 

Peguam Negara
KUALA LUMPUR – Badan Peguam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Peguam Negara,  Idrus Harun kerana didakwa gagal mempertahankan institusi kehakiman daripada serangan pihak tertentu serta gagal menegakkan kedaulatan undang-undang.

Perkara itu merupakan salah satu daripada enam resolusi yang diputuskan Badan Peguam dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di sini hari ini.

Badan Peguam juga kecewa dengan kegagalan Idrus bersuara dan bertindak terhadap serangan dan tuduhan rasuah melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dakwanya lagi, tindakan itu menjejaskan kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang serta pengabaian tugas oleh Peguam Negara.

“Badan Peguam memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberi notis kepada Peguam Negara agar memulakan prosiding penghinaan terhadap individu-individu yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.


“Jika beliau gagal berbuat demikian, Majlis Peguam akan mempertimbangkan dan sekiranya wajar, meneruskan prosiding penghinaan tersebut atau sebarang prosiding lain atau tindakan yang selaras dengan resolusi berkenaan,” katanya.

Selain itu, Badan Peguam menegur tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang dikatakan menjejaskan kebebasan institusi kehakiman.

Teguran itu dibuat ekoran kenyataan Azalina yang mengesahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan di Dewan Rakyat pada 14 Februari lalu.

Badan Peguam turut menyuarakan kekesalan terhadap SPRM berkaitan laporan berhubung dakwaan salah laku melibatkan seorang hakim kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ia berpandangan bahawa perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa SPRM.

Dalam resolusi yang lain, Badan Peguam mengecam tindakan semua individu yang menjejaskan kebebasan institusi kehakiman, mengganggu pentadbiran sistem keadilan dan melanggar kedaulatan undang-undang.

“Badan Peguam menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau pilih kasih,” jelasnya. – 

MALAYSIA BELUM

RAHAI MACAM

PAKISTAN

AMIN

AWAS !!!

JIKA PERKARA

KEYAKINAN INI

TIDAK DIBETULKAN

MAKA MALASIA

JUGA MENUJU

PAKISTAN

AMIN

APAKAH ZAHID

AKAN DIBEBASKAN ?

INI TANDA RESMI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: