Khamis, 18 Mei 2023

SAIFUDIN MERAYU




Jangan jadikan isu

 kalimah Allah

 modal politik 

masa PRN – Saifuddin
PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri menggesa agar ahli politik berhenti untuk menjadikan isu ini sebagai modal politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Tambah Saifuddin Nasution, semua pihak harus bertenang dan membiarkan kerajaan menyelesaikan isu itu tidak lama lagi.

“Saya gesa semua ahli politik ambil tanggungjawab isu ini, mereka semua tahu dan sambil nak kaut keuntungan politik jangan belakangkan fakta.

“Mahkamah tidak pernah putuskan soal agama. ianya adalah soal pelanggaran terhadap keputusan Kabinet dan arahan pentadbiran,” katanya katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Majlis Pesaraan Tahun 2023 Jabatan Pendaftaran Negara (JPM) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan isu kalimah Allah akan digunakan masa PRN nanti.

Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata, Kabinet belum memutuskan kementerian mana yang akan mengetuai usaha mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, biar pun punca kuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah daripada kementeriannya namun perkara itu belum diputuskan oleh jemaah menteri.

“Kabinet akan tentukan, kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa itu adalah Akta Penerbitan Mesin Cetak dibawah kawal selia KDN.

“Tapi yang namanya mengemukakan rencana yang komprehensif ia digunakan untuk kawal selia oleh Majlis Raja-Raja, saya fikir Kabinet akan diputuskan,” 

Semalam, Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan tersebut kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu bagi menyelesaikan isu kalimah Allah secara menyeluruh dan bersepadu.

Jelas Anwar, kerajaan komited dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di negara ini.

Semuanya bermula apabila KDN dan kerajaan mengambil tindakan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. –

WOIT

SAIFUDIN RAYU

JANGAN JADIKAN

ALLAH ISU PRN

KAH KAH KAH

INI RAYUAN

AMAT MANJA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL RAYUAN

INI AKAN DILAYAN

AMIN

MEMBOCORKAN

BERITA INI ADALAH

TAKTIK PN UNTUK

TIBAI PAKATAN

AMIN

SAPA BOCORKAN

MAKLUMAT TARIK

BALIK RAYUAN ?

AMIN

KENAPA BOCORKAN

SEKARANG SEBELUM

PRN DIUMUM

JENG JENG JENG

AMIN

APAKAH ADA

UNSUR SABOTAJ ?

JENG JENG JENG

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam bapuk ..

Tanpa Nama berkata...

Cari penyakit

Tanpa Nama berkata...

PN punyai terlalu byk modal utk hasut rakyat, orang putih kata what goes around comes around !!

Tanpa Nama berkata...

gua fikir bukan sabotaj..isu ni mmg sengaja dibawa deep state utk membikin agama PAS melompat.lu tau kan dlm jabatan agama ramai org2 pantai timur yg sokong agama PAS. isu bole benamkan PN dgn fakta yg tepat. isu berkait bukan isu kalimah.waima dr zul albakri juga adalah bekas menteri agama lantikan langkah sheraton.lu fikir dr zul ni bukan deep state. apa yg perlu PH buat ialah team JKOM yg pantas.malah gua fikir prof agus juga adalah deep state yg buat PH kena kaw kaw..yg nak dibincang dan di hentam itu adalah mengenai CD atau isu kalimah?