Khamis, 18 Mei 2023

MADANI BUKAN PERMAIDANI


Anwar perlu beri penjelasan Konsep Madani kepada intelektual agama – Ismail Mina


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) meminta Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim memberi penjelasan secara telus dan benar mengenai istilah dan struktur yang diperkenalkan melalui konsep Kerajaan Madani.

Presiden Muafakat, Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, istilah Kerajaan Madani itu sendiri sudah mengelirukan rakyat dan timbul persoalan apakah konsep pemikiran Anwar itu sama dengan istilah madani yang sebenar dalam agama Islam.

Dengan kata lain, jelas beliau, adakah konsep madani diperkenalkan oleh Anwar itu merujuk kepada kehendak al-Quran dan sunnah.

Beliau berkata, penjelasan itu perlu memandangkan rakyat kini sudah mula salah faham dengan konsep madani diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10 itu.

“Kajian Muafakat mendapati banyak konsep dan pemikiran yang dibawa oleh Anwar agak bertentangan dengan madani yang sebenar dalam Islam.

“Perdana Menteri perlu jelaskan apakah sebenarnya indeks kerajaan madani yang hendak dibawa oleh beliau.

“Muafakat meminta Perdana Menteri supaya berani berdepan dan menjelaskan kekeliruan yang timbul kerana rakyat mula mempersoalkan konsep madani kerajaan masa kini,” katanya dalam majlis usrah bertajuk ‘Menyelongkar Gagasan Madani PMX’ di sini semalam.

Beliau seterusnya mengingatkan sebagai Perdana Menteri perlu mempunyai keberanian untuk berdepan dengan intelektual ahli sunnah Wal Jamaah apabila timbul isu-isu berkaitan agama Islam termasuk mengenai konsep madani, penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam atau agama lain, sistem kapitalis terkawal dan banyak lagi.

Ismail Mina menambah; “Apakah Perdana Menteri mempunyai keberanian dan kekuatan moral untuk menjelaskan perkara ini serta sanggup berdean depan dengan intelektual ahli-ahli sunah waljamaah?”. – 

WOIT

BETUL MADANI

PERLU PENERANGAN

PERLU PENCERAHAN

AMIN 

DULU ADA HADARI

ORANG  RAMAI

PUN TAK FAHAM

AMIN

SEMUA DILIHAT

SLOGAN NAK

GANTI YANG LAMA

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu takde slogan tp tadbir dgn baik tak boleh ke?