Khamis, 20 Julai 2023

BEBASKAN KETUM DAR PENJARA BAGINDA QUEEN


Polis tahan 4 lelaki, madrasah tahfiz jadi pusat simpan 100kg ketum


POLIS Kelantan menahan empat lelaki dan merampas pil yaba serta ketum di dua lokasi termasuk di sebuah madrasah tahfiz di Batu 11, Ketereh yang disyaki menjadi tempat simpanan 100 kilogram (kg) ketum, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata dalam serbuan pada 9.15 malam, Selasa lalu (18 Julai), 10 bungkus plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum ditemukan di madrasah tahfiz tersebut, iaitu lokasi kedua serbuan, pada hari sama.

“Serbuan ke madrasah tahfiz adalah dipandu arah oleh empat suspek terbabit berusia 20-an, yang ditahan pada serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Tali Air Kampung But, Ketereh, pada kira-kira 9 malam,” katanya dalam kenyataan, di Kota Bharu.

Katanya siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.


Muhamad Zaki berkata dalam serbuan pertama, polis merampas 20 bungkusan plastik berisi kira-kira 20 liter cecair ketum, empat bungkusan plastik berisi daun hijau disyaki ketum dianggarkan seberat 40kg.

“Pemeriksaan lanjut di sekitarnya turut menemukan satu kotak rokok disyaki berisi pil kuda, selain satu periuk besar berisi air rebusan ketum dianggarkan sebanyak 10 liter, dua tong gas dan sebuah dapur gas yang turut dirampas.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,522 dan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas kesemua suspek berakhir 22 Julai ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 19 Julai, 2023.


MASA DAH

SAMPAI UNTUK

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN

AMIN

QUEEN DAH MATI

AKTA TAHUN 1952

MASIH BERJALAN

AMIN

AKTA INI DIBUAT

UNTUK LARANG

PERUBATAN MELAYU

DAN BELI  UBAT

MAT SALLEH

AMIN

JANGAN TERUS

DI TIPU

KHALAS

Tiada ulasan: