Khamis, 20 Julai 2023

INI WATAK POLITIK KITA


AMK Tasek Gelugor bantah konsep kerusi ‘dinasti’

TASEK GELUGOR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor menolak konsep kerusi dinasti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Qusyairi Johari berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi mencalonkan individu yang tidak mempunyai kelayakan dan kredibiliti yang cemerlang dari segi perkhidmatan dalam kawasan.

Katanya, laporan beberapa portal sebelum ini mengenai seorang calon yang dikatakan akan menggantikan tempat bapanya bagi salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di sini bukan keputusan muktamad.

“Kami menyangkal spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku walaupun ianya sekadar kemungkinan.

“Kita semua sedia maklum bahawa pimpinan masih lagi dalam perbincangan untuk menentukan calon.

“Saya secara peribadi tidak setuju dengan konsep dinasti terutama sekali apabila anak yang bakal mengantikan kerusi bapanya tidak mempunyai kelayakkan dan kredibiliti yang cemerlang dari segi perkhidmatan dalam  cabang kawasan atau tempatan,”katanya dalam kenyataan media.


Sebelum ini  dilaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal mungkin bakal diangkat sebagai calon muka baharu untuk bertanding di kerusi DUN Telok Air Tawar pada PRN Pulau Pinang.

Zakwan yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail merupakan anak kepada bekas Adun kawasan itu,Mustafa Kamal Ahmad.

Mengulas lanjut Muhammad Qusyairi berkata, mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen adalah milik rakyat.

“Sekiranya parti mahukan meletakkan calon muka baharu, calon tersebut haruslah disenangi oleh akar umbi dan masyarakat.

“Bakal calon yang merupakan ahli parti yang aktif berkhidmat, mesra rakyat dan mesra akar umbi seperti pemimpin yang ada sekarang.

“Bukannya calon yang tidak aktif dan juga tidak pernah berada di kawasan untuk berkhidmat,” katanya.

Tambah Muhammad Qusyairi, bakal calon yang dikhabarkan akan mengantikkan bapanya telahpun tewas di dalam pemilihan parti tahun lepas bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. – 

 

KAH KAH KAH

WOIT

MAMAT NI

TAK FAHAM

AMIN

KITA MASIH LAGI

DITAHAP FEUDAL

AMIN

ANAK GANTI

AYAH PERKARA

BIASA BUKAN 

SATU JENAYAH

AMIN

ANAK JUAL

NAMA AYAH

PERKARA BIASA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: