Sabtu, 29 Julai 2023

BUKTIKAN JANJI POLITIK


Prestasi kerajaan bukti untuk pengundi, kata Amirudin

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari percaya prestasi baik ditunjukkan Kerajaan Perpaduan sejak mentadbir negara mampu membuka mata pengundi untuk memilih calon yang tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Amirudin yang diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua berkata usaha kerajaan menyelesaikan pelbagai isu dihadapi rakyat secara berperingkat menjadi bukti buat pengundi di Selangor.

“Kita nak sambung pencapaian yang kita telah gembleng bersama dan contoh bagaimana kita mampu berdepan pelbagai masalah seperti pandemik, banjir dan ekonomi.

“Ini semua adalah bukti nyata, bukan tawaran-tawaran yang cuba dibuat. Kita berdepan dengan pandemik, banjir dan itu situasi yang memberi contoh nyata kepada rakyat bagaimana kerajaan bertindak dan bagaimana gabungan ini mampu untuk melaksanakan tugas di samping mengekalkan pencapaian ekonomi,” katanya.

Amirudin berdepan calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Muhammad Hanif Jamaluddin dan G. Suman yang bertanding atas tiket Bebas, dalam pertembungan tiga penjuru.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin (BN-Umno) yang bertanding merebut kerusi DUN Gombak Setia berkata beliau mahu pengundi bijak dalam membuat keputusan pada PRN kali ini kerana ia akan menentukan masa depan negeri itu.

“Kita tahu kepimpinan Amirudin membawa Selangor kepada satu tahap boleh dibanggakan dan PRN ini penting untuk beri kesejahteraan, kemakmuran dan keselesaan rakyat Selangor,” katanya.

Bagi kerusi DUN Gombak Setia, Megat Zulkarnain menghadapi saingan tiga penjuru berdepan penyandang Muhammad Hilman Idham (PN-Bersatu) dan calon Bebas Mohamed Salim Mohamed Ali. – Bernama, 29 Julai, 2023.

KEMPEN POLITIK

MENGOLAH 

PERSEPSI

AMIN

JANJI DI TABUR

UNTUK DI TEPATI

JANGAN DI CAPATI

AMIN

PENGUNDI AKHIR

RABA POKET

PERUT BERISI

BUKAN MAKAN

NASI BASI

KHALAS

Tiada ulasan: