Sabtu, 29 Julai 2023

NAMA DI GUGUR !!!



Jawatankuasa pemilihan kebangsaan DAP tentukan pilihan calon PRN, kata Chow

PENGERUSI DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata jawatankuasa pemilihan calon kebangsaan parti itu menggugurkan beberapa penyandang dan menambah nama baharu dalam senarai mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos ini.

Hari penamaan calon dijadualkan akan berlangsung esok.

Keputusan itu menimbulkan perbalahan dalaman dalam DAP negeri dan menyebabkan beberapa calon yang digugurkan mempersoalkan sama ada terdapat “tangan ghaib” yang ingin menguasai parti dan negeri.

“Ada nama yang tidak dicadangkan tetapi dipilih dan dengan itu membawa kepada rasa tidak puas hati,” Chow dipetik sebagai berkata dalam Malay Mail Online semasa sidang media di George Town hari ini.


Chow yang merupakan ketua menteri dan pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang turut menjelaskan proses pemilihan parti itu.

“Jawatankuasa negeri mempunyai jawatankuasa pemilihan calon sendiri di mana kita menjalankan temu duga calon yang dicadangkan oleh cawangan,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan peringkat negeri yang dianggotai lima anggota memuktamadkan senarai calon sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa peringkat kebangsaan untuk kelulusan.

“Selepas ia diserahkan, saya dijemput untuk membentangkan senarai itu dan memberi sebarang penjelasan jika perlu,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan calon kebangsaan mempertimbangkan senarai itu dan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diletakkan. Ini diumumkan oleh setiausaha agung parti Anthony Loke pada Selasa.

Chow menambah beliau bukan sebahagian daripada jawatankuasa peringkat kebangsaan.

“Jawatankuasa pemilihan kebangsaan lima anggota terdiri daripada pengerusi kebangsaan (Lim Guan Eng), timbalan pengerusi kebangsaan (Gobind Singh), naib pengerusi Nga Kor Ming dan K. Kulasegaran serta setiausaha agung Anthony Loke,” tambahnya.

Dalam satu pengumuman baru-baru ini, lima bekas exco negeri digugurkan daripada senarai manakala tujuh calon baharu diletakkan.

Mereka yang digugurkan ialah Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Phee Boon Poh, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Bekas Adun Bagan Dalam M. Satees dan Adun Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit turut digugurkan, tetapi Lee mengumumkan  menarik diri daripada menjadi calon PRN bulan depan akibat masalah kesihatan. – 28 Julai 2023.

JIKA NAMA

DI GUGUR

JANGAN RISAU

AMIN

NAK BANTU RAKYAT

TAK WAJIB JADI YB

AMIN

BUAT BAIK

BUAT KEBAJIKAN

BUKAN JENAYAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: