Selasa, 12 September 2023

DEMO SOGO - PEGUAM BERI IKLAN !!!


Himpunan protes Zahid perlu dibenarkan, kata kumpulan peguam

SEBARANG tindakan diambil terhadap penganjur protes Selamatkan Malaysia diketuai Perikatan Nasional (PN) akan dilihat sebagai penegasan yang kerajaan diterajui Anwar Ibrahim tidak lagi memperjuangkan reformasi, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah LFL Zaid Malek berkata himpunan protes terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada kes rasuahnya, perlu dibenarkan tanpa tindakan polis.

“Ini dianggap gangguan dan intimidasi, kerana tidak indikasi menunjukkan himpunan itu akan diadakan secara tidak aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan LFL itu susulan kenyataan amaran dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.

Ayob Khan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan Selamatkan Malaysia PN yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Katanya, setakat ini polis belum menerima permohonan permit atau maklumat daripada penganjur untuk mengadakan protes di depan pusat beli-belah Sogo.

“Akta Perhimpunan Aman 2012 memerlukan penganjur perhimpunan menyerahkan notis lima hari sebelum hari acara. Hari ini hari terakhir di mana penganjur sepatutnya membuat permohonan permit.

“Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di kawasan itu. Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, jadi mereka perlu dapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sogo,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berita semalam.

Zaid berkata undang-undang berkenaan, iaitu Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 adalah perundangan tidak mengikut perlembagaan yang secara langsung melanggar hak berhimpun secara aman seperti di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, menteri dan ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tahu wujud unsur penindasan dalam PAA.

“Mereka juga pernah diganggu dan didakwa kerana dikatakan melanggar PAA ketika mereka menganjurkan himpunan dan protes semasa mereka masih pembangkang.

“Itu sebabnya sebelum ini PH mendesak PAA dimansuhkan. Tetapi sekarang PH nampaknya berubah menjadi pendakwa, menggunakan undang-undang sama yang pernah mereka kritik, terhadap pembangkang pada masa ini,” katanya. – 12 September, 2023.

WOIT

POLIS DAH

BERI IKLAN

KAH KAH KAH

SEKARANG

PEGUAM PULAK

BERI IKLAN

AMIN

PAK LEBAI

BILA NAK BERI

FATWA & IKLAN

KAH KAH KAH

LAGI BANYAK

IKLAN LAGI

CUN

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: