Selasa, 12 September 2023

MELAYU TAKUT TALIBAN


Melayu dakwa ‘Cina takut Pas kerana Islam’ boleh terus ikut DAP – Hadi


KUALA LUMPUR – Golongan Melayu yang mendakwa bahawa kaum Cina takut terhadap Islam yang dibawa oleh Pas disifatkan sebagai golongan yang buta sejarah mengenai agama sendiri.

Presiden Pas,  Hadi Awang berkata, Melayu yang bertindak menyertai DAP juga disebabkan kerana ketakutan Islam yang dibawa oleh Pas.

Menurut Abdul Hadi, kumpulan itu boleh terus mengikuti DAP yang disifat beliau sebagai tidak konsisten dalam menghapuskan amalan rasuah.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan kejahilan dirinya atau fikirannya yang masih dijajah. Sehinggakan, perbuatan itu laksana kata-kata pantun Melayu.

“Melukut di tepi gantang, buka sanggul mencari kutu, orang takut akalnya hilang, jumpa tunggul dikata hantu.

“Mereka boleh mengikuti DAP yang sesat prinsipnya atau hanyut tanpa konsisten dalam perjuangan menentang rasuah yang kuat dilaungkan selama ini, semata-mata kerana mengejar kuasa,” kata Abdul Hadi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kumpulan terbabit menyaksikan bagaimana negeri-negeri yang kuat pengaruh Pas atau diperintah oleh Pas dalam pelaksanaan Islam.

Kumpulan itu bagaimanapun katanya, sengaja menunjukkan kebebalan atau membodohkan diri sendiri dan mencipta sangkaan jahat.

Tambah Abdul Hadi, ramai kalangan yang tersebut dipengaruhi dengan pembohongan propaganda orientalis yang didakwa beliau mempunyai niat jahat.

“Dan kini, membawa propaganda Islamofobia bagi menghalang pengaruh Islam yang dianggap menjadi suatu ancaman khusus kepada tamadun Barat yang kini sedang menunjukkan tanda merudumnya.

“Segala propaganda itu terdedah melalui kenyataan negatif beberapa orang tokoh ilmuwan dan tokoh politik Barat yang dipengaruhi penulisan golongan orientalis yang penuh dengan pembohongan dan propaganda Islamofobia secara dengki terhadap Islam atau jahil, bukan secara ilmu bagi mencari kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kedatangan Islam di seluruh pelosok dunia bukan untuk menjajah dan merompak tetapi bagi menentang kezaliman yang berlaku terhadap rakyat dan Islam yang dijadikan sasaran.

Rakyat ditindas disebabkan penerimaan mereka terhadap pengaruh ajaran Islam yang adil kepada semua sehingga menakutkan kerajaan yang zalim. – 

CHINA TAK

TAKUT ISLAM

AMIN

ISLAM SAMPAI

KE CHINA LEBIH

AWAL DARI

SAMPAI KE MELAKA

AMIN

MELAYU TAK

TAKUT ISLAM

AMIN

MELAYU & CHINA

SEMUA TAKUT

TALIBAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul.. islam kat xinjiang semua dapat di beri pendidikan dan ditempatkan di pusat latihan oleh kerajaan china kata mat sabu mana ada kena tindasnya.. kat sini orang cina kelantan semua kena sebat kan ? sebab tu takut ngan PAS ..