Selasa, 12 September 2023

INI TEATER ? SANDIWARA ? ATAU WAYANG ?



Isu DNAA Zahid, jawatankuasa khas Parlimen panggil 2 peguam negara

JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (JKPK) ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil dua peguam negara untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Pengerusinya, William Leong memberitahu Parlimen pagi ini ia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dan laporan penuh akan dibentangkan kepada jawatankuasa selepas selesai prosiding.

“Sebagai pengerusi saya akan panggil kedua-dua peguam negara untuk beri penjelasan.

“JKPK akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika bangun mencelah semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Dua peguam negara berkenaan adalah Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Idrus Harun.

Terdahulu, ahli JKPK daripada blok pembangkang bangun bertanya kepada Speaker Johari Abdul sama ada beliau akan membenarkan isu pembebasan Zahid dibahaskan di Parlimen.

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan keputusan JKPK mengadakan prosiding itu.
– 12 September, 2023.


MAKA TEATER

DI PENTAS

AMIN

WAYANG

PAK DALANG

UNTUK TEPIS

 OMBAK

KEBENCIAN 

RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: