Ahad, 18 Februari 2024

HARGA BERAS NAIK - RAKYAT MARAH DAH NI



Pengumuman harga Beras Madani satu tamparan kepada rakyat – Aktivis

KUALA LUMPUR – Pengumuman penetapan harga Beras Madani pada RM30 bagi satu kampit 10 kilogram oleh Pengerusi Task Force Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL),  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal baru-baru ini merupakan satu tamparan kepada rakyat.

Aktivis politik, Shahir Adnan berkata, ia merupakan kenaikan harga yang ketara.

“Harga siling bagi beras putih naik daripada RM26 kepada RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) setelah dijenamakan semula semua beras putih tempatan dan import.

“Lebih parah, pek satu kilogram pula berharga RM3.50 walhal sebelum ini harga kawalan maksimum beras super spesial adalah RM2.60. Naik 90 sen setiap satu kilo,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, KPKM bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang memaklumkan, cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan datang.

“KPKM ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada 14 Februari 2024.

“Buat masa ini belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan beliau untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut Shahir berkata, beliau bersetuju dengan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang juga Pengerusi Lajnah Kepenggunaan Pas bahawa Kerajaan Madani gagal dalam menangani isu ketiadaan beras Super Spesial Tempatan (SST) yang dimanipulasi oleh kartel beras.

“Kegagalan ini cuba ditutup dengan menjenamakan semula beras putih tempatan dan import. Akibatnya harga dinaikkan dan rakyat menderita.

“Rakyat baru sahaja berada dalam bulan kedua tahun 2024. Tetapi, isu kos sara hidup masih belum selesai, malah bertambah parah,” tambahnya. –

HARGA BERAS

NAIK

RAKYAT MARAH

DAH NI

AMIN

PUTAR SANA

PUTAR SINI

RAKYAT MAKIN

SUSAH

KHALAS

Tiada ulasan: