Ahad, 18 Februari 2024

PEMBELI BERAS MARAH DAH NI


Harap kerajaan segera selesaikan kekurangan beras – Penggun



PERMATANG PAUH – Orang ramai menyambut baik usaha kerajaan yang ingin memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini dengan harga lebih murah.

Rata-rata meluahkan usaha itu akan meringgankan bebanan rakyat susulan harga beras kini berubah-ubah selain kerajaan mampu tangani isu tiada bekalan beras.

Menurut Nur Liyana Mohd Aziri, 38, isu kekurangan serta kenaikan harga beras memberi impak buat mereka sekeluarga susulan mereka menggunakan hampir 20 kilogram (kg) beras sebulan.

“Kami 10 orang dalam satu keluarga jadi keperluan beras itu tinggi dan bila timbul isu tiada bekalan beras  harga jualan meningkat RM36 hingga RM38 sekampit mengakibatkan kos sara hidup kami turut naik.

“Jadi bila kerajaan umum akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani dengan harga RM30 sememangnya disambut baik buat golongan berpendapatan rendah seperti kami.

“Harap kerajaan akan segerakan usaha itu serta penjualannya diperluaskan di kedai runcit serta pasaraya bukan hanya di program jualan Rahmah atau Madani sahaja,” katanya.

Bagi pembantu farmasi, Khoo Phaik Ean, 58, pula, langkah kerajaan itu membolehkan rakyat kurang berkemampuan dapat menikmati harga lebih berpatutan.

“Harga beras pada ketika ini begitu membebankan terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah.

“Usaha kerajaan ini bukan saja meringgankan beban rakyat malah ia juga dilihat sebagai salah satu tindakan tegas mereka dalam menangani isu kartel,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan, G, Sivanamasivayam, 56, berkata, walaupun mempunyai pendapatan tetap namun masih tidak mampu menampung kos sara hidup yang meningkat.

“Oleh yang demikian, usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban dengan jualan-jualan murah termasuk dalam soal mengurangkan harga beras amat kita nantikan,” katanya.

Media semalam melaporkan,  Anwar Ibrahim memaklumkan harga kawalan beras putih akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.

Jelas beliau, pihaknya yakin harga beras dapat dikurangkan selepas beberapa perincian membabitkan penjualan bahan asas itu diteliti. – 

PEMBELI BERAS

KAT

MAHAL DAH NI

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siang malam bising nak banteras rasuah tapi bab beras makanan asas susah nak uruskan? Memang lah cakap pandai berhujah bukan main hebat kan itu kelebihan orang kita menjaga agama menjaga bangsa kah kah kah lain masuk poket lah