Ahad, 7 Julai 2024

SENJATA DARI BLACKROCK BUNUH PALESTIN




Israel serang sekolah Gaza, budak sedang mengaji al-Quran antara 16 maut
SEMENANJUNG GAZA: Sekurang-kurang 16 terbunuh, semalam, apabila Israel melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana ribuan penduduk berlindung selepas kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa bawah pentadbiran Hamas di Gaza.

Tentera Israel mendakwa pasukannya menyasarkan pihak musuh di kawasan Sekolah Al-Jawni di Nuseirat, tengah Gaza, namun Hamas menafikan pejuangnya berada di lokasi serangan terbabit.

Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza yang mengecam serangan itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai yang menjijikkan', berkata sekurang-kurang 50 mangsa cedera telah dikejarkan dari sekolah berkenaan ke hospital.

Menurut pejabat media kerajaan Hamas pula, kira-kira 7,000 penduduk sedang berlindung di sekolah terbabit ketika kejadian. Mereka kemudian bertungkus lumus membantu usaha menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan akibat serangan itu.

Sambil memaklumkan sekolah itu dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), katanya, sebahagian besar mangsa terkorban adalah golongan kanak-kanak, wanita serta warga emas.

"Ini adalah sekurang-kurang kali keempat mereka (tentera Israel) menyasarkan sekolah sama tanpa sebarang amaran," kata seorang wanita, Samah Abu Amsha, kepada AFP.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebilangan mangsa kanak-kanak terbabit sedang mengaji al-Quran di dalam sebuah kelas sebelum terbunuh dalam serangan peluru berpandu itu.

"Serpihan akibat serangan itu berterbangan, termasuk ke arah saya yang sedang berada di dalam kelas berkenaan, selain mencederakan kanak-kanak terbabit.

Seorang lagi penghuni di tempat kejadian, Ayman al-Atouneh, berkata beliau turut melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan akibat serangan itu.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Awam Gaza, Mahmoud Basal, dalam satu kenyataan berkata angka kematian akibat serangan Israel itu berkemungkinan akan meningkat kerana ramai mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, serangan itu sekali gus menunjukkan langsung tiada lagi tempat di Semenanjung Gaza yang selamat untuk penduduk berlindung.

Hamas pula menegaskan, serangan itu adalah satu lagi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah yang dilakukan Israel sebagai sebahagian daripada perang genosid oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Sebelum ini, Israel dilaporkan bersetuju terhadap pertemuan dengan pihak pengantara untuk inisiatif gencatan senjata, namun terus mempertingkat serangan ke atas Gaza sejak perang meletus pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, UNRWA melaporkan dua petugasnya maut dalam satu serangan di Al-Bureij, tengah Gaza, semalam. Agensi itu mempunyai sebuah gudang bekalan makanan di daerah berkenaan.

Hospital Al-Aqsa memaklumkan, sembilan lagi mayat telah dibawa ke institusi perubatan itu susulan serangan berkenaan.

Pihak paramedik pula memaklumkan, sekurang-kurang 10 mangsa termasuk tiga wartawan, terbunuh dalam serangan lain yang menimpa sebuah rumah di Nuseirat, semalam. - AGENSI

SENJATA DIBEKAL

OLEH BLACKROCK

SYARIKAT YANG

AKAN MEMILIKI

39 AIRPORT KITA

\AMIN

BLACKROCK

SYARIKAT ZIONIS

YG DIPERTAHANKAN

OLEH ANWAR

KHALAS

Tiada ulasan: