Ahad, 7 Julai 2024

BLACKROCK DAN DIESEL



Tamparan hebat untuk kerajaan Anwar selepas PN menang besar di Sungai Bakap


Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kerusi negeri Sungai Bakap dengan majoriti lebih besar, dalam apa yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang melantik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengetuai kempen gabungan kerajaan.

PN meraih 14,489 undi, menewaskan PH yang mendapat 10,222 undi, iaitu majoriti 4,267 undi, lebih dua kali ganda majoriti 1,563 undi yang dicapai pada pilihan raya enam negeri tahun lalu.

Kekalahan PH itu di sebalik beberapa keputusan kontroversi termasuk pemansuhan subsidi diesel dan langkah kerajaan meneruskan penyertaan sebuah firma milik pengurus dana AS BlackRock dalam konsortium menguruskan lapangan terbang negara.

Dalam reaksinya, Rafizi berkata kejayaan PN disebabkan jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi jauh mengatasi pengundi Cina dan India.

"Walaupun ada sedikit peralihan undi Melayu, keputusannya banyak dipengaruhi jumlah pengundi yang keluar," katanya dalam kiriman di X.

Kenyataan itu dilihat sebagai pengakuan tidak langsung bahawa PH kekal ditolak orang Melayu, walaupun sebelum ini Rafizi mendakwa "data" menunjukkan peningkatan sokongan orang Melayu yang boleh diterjemahkan kepada kemenangan untuk kerajaan.

Sebelum ini, pemimpin PH mendakwa calon mereka, bekas ahli akademik Joohari Ariffin, lebih layak berbanding Abidin Ismail dari PAS.

Kerajaan turut menjalankan kempen agresif dengan menabur pelbagai janji pembangunan dan peruntukan daripada tempat ibadat kepada balai bomba dan pasar.

Anwar mengumumkan sumbangan RM290,000 untuk sembilan buah masjid dan 20 surau di Sungai Bakap, manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan RM18 juta untuk pembinaan sebuah balai bomba baharu, naik taraf pasar Bukit Panchor di samping sumbangan untuk enam rumah ibadat bukan Islam.

Pilihan raya kecil di Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff.

Pengundi Melayu membentuk 59% daripada 39,222 pengundi di Sungai Bakap, yang merupakan sebahagian daripada kerusi Parlimen Nibong Tebal diwakili Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq. Pengundi Cina membentuk 22.5% dan India 17.4%.

Keputusan pilihan raya kecil hari ini telah dijangka oleh pemerhati, yang menganggap faktor seperti persepsi negatif terhadap Rafizi, kenaikan harga diesel serta kontroversi BlackRock akan menyumbang kepada kekalahan PH.

Kempen pilihan raya PH pula bermula dalam keadaan tidak menyebelahi Rafizi.

Ketika berucap pada majlis pelancaran jentera PH bulan lalu, Rafizi dilihat bertikam lidah dengan seorang lelaki yang mempersoalkan kenaikan harga petrol.

Penjelasan Rafizi mengenai kegagalan PH menunaikan janji pilihan raya untuk menurunkan harga bahan api dicabar oleh bekas pemimpin Umno, Isham Jalil, yang mempertikaikan fakta dan angka menteri ekonomi itu dalam siri klip yang tular di media sosial.

HAPUS SABSIDI

DISEL DAN

BLACKROCK JADI

PELURU KEMPEN

AMIN

HARGA TELOR 

TURUN 3 SEN

RAKYAT TAK 

AMBIL POT

AMIN

HARGA BARANG

MAHAL DAN

JANJI BOHONG

BERI UNDI 

PADA PERIKATAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: