Selasa, 16 Julai 2024

TOLAK KATAK




Katakan tidak kepada ‘katak’ politik

KECOH apabila enam ahli Parlimen Bersatu yang beralih kesetiaan politik mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tetapi tetap bertegas mahu mengekalkan kerusi Parlimen masing-masing.

Padahal Bersatu baru-baru menyatakan wakil rakyat terbabit dilucutkan keahlian selepas gagal menjawab notis untuk mengesahkan kesetiaan mereka kepada parti. Dalam kata ringkasnya, mereka sudah hilang merusi itu.

Empat ahli Parlimen terbabit adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Keadaan menjadi tegang apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul menolak cubaan Bersatu untuk mengosongkan kerusi wakil rakyat terbabit.

Bagaimanapun beliau mengecualikan keputusannya untuk Suhaili yang memfailkan saman kepada Bersatu dan memohon mahkamah mengisytiharkan pemecatannya daripada parti adalah tidak sah.

Pengkritik berkata keputusan speaker itu bercanggah dengan semangat akta anti lompat parti yang digubal pada Oktober 2022, di mana ia bertujuan menghalang ahli Parlimen melompat parti atau menyatakan sokongan kepada parti politik lain.

Peraturan hilang kerusi ditetapkan oleh Bersatu adalah hampir sama dengan apa yang diguna pakai oleh DAP dan Umno, di mana sekarang peraturan itu juga maknanya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Peraturan ini bertujuan untuk menutup lompang yang ada dalam akta anti lompat parti di mana ahli Parlimen yang menentang pendirian parti masih boleh mengekalkan kerusi mereka dengan syarat mereka tidak meletak jawatan.

Apa yang membimbangkan ialah perubahan kesetiaan politik seperti itu membawa implikasi serius, salah satunya adalah ia menyebabkan ketidakstabilan politik, demokrasi terhakis dan gangguan kepada ekonomi.

Masih jelas di ingatan kepada peristiwa yang berlaku akibat beberapa ahli Parlimen lompat parti dalam Langkah Sheraton, di mana kita menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020.

Ketika politik negara dalam keadaan tidak menentu itu, rakyat Malaysia sendiri jadi saksi bagaimana pemimpin politik tertentu ke hulu ke hilir mendapatkan akuan berkanun daripada wakil rakyat untuk menentukan siapa ada majoriti di Parlimen yang membolehkan mereka mentadbir negara. – 16 Julai, 2024.



BAWA ISU INI

KE JALAN RAYA

AMIN

HANYA JALAN RAYA

PENENTU JUJUR

KHALAS

Tiada ulasan: