Isnin, 8 Julai 2024

UMNO DAN PAS AKAN BERKERJA SAMA ?


UMNO tolak kerjasama dengan Pas selagi Hadi jadi presiden




PAS tolak kerjasama dengan UMNO selagi  Zahid jadi presiden

KUALA KANGSAR – UMNO menolak kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Abdul Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.

“Saya ingat lagi dalam Majlis Tertinggi UMNO, Perdana Menteri ketika itu yang mewakili kita berkata, UMNO mesti bekerjasama dengan Pas kalau tidak kita menang sembilan kerusi sahaja dan tidak boleh bentuk kerajaan.

“Saya bentang pada Majlis Tertinggi ketika itu di mana saya seorang sahaja dan berkata tidak boleh beri pada Pas kerana Pas ini membohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, beliau merupakan saksi hidup pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang itu semasa mengadakan perbincangan sebelum ini.

“Ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang di mana depan kita setuju tetapi esok tukar tidak setuju, kemudian kita pujuk kata hendak tiga hari lepas tu jumpa lapan mata, Presiden dan Timbalan Presiden (Pas) bersama saya dengan timbalan.

“Setuju juga kemudian esok tukar lagi. Jangan percayalah selagi orang itu jadi Presiden jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya.

Ahmad Zahid pada tahun lalu menyifatkan Pas sebagai ‘gila talak’ apabila mengeluarkan kenyataan tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN). -MalaysiaGazette

ZAHID TOLAK

HADI KERANA

HADI BERBOHONG

AMIN

HADI TOLAK ZAHID

KERANA ZAHID

TERLIBAT 47 

KES RASUAH

AMIN

ZAHID UNDUR

HADI UNDUR 

UMNO/PAS/BERSATU

MUFAKAT NASIONAL

TIBAI DAP

TIBAI ANWAR

TUBUH KERAJAAN

AMIN

INI PROJEK

SUNAKKAN ANWAR

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau hadi turun yang naik tn ibrahim.. ini lebai ketot gua tak boleh blah..

politikgilababi berkata...

Lepaih tu MCA,MIC,Parti² bkn melayu di Sabah,Sarawak joint dgn DAP buat pula satu muafakat...