Isnin, 19 Ogos 2024

MPOX DAH SAMPAI KE JAKARTA



Pejabat Kesihatan Jakarta lapor 11 kes Mpox
JAKARTA: Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan sekurang-kurangnya 11 kes cacar monyet (mpox) di beberapa daerah kecil di wilayah itu setakat tahun ini.

Pemangku ketua bahagian pencegahan dan kawalan penyakit Dr Maryati Kasiman mendedahkan bahawa kes terbaru dilaporkan pada Jun.

"Sembilan daripada kes itu membabitkan penduduk Jakarta manakala dua lagi dari luar wilayah ini. Kes terbaru dikenal pasti pada Jun," kata Dr Maryati kepada portal berita detikcom.

Kes yang dilaporkan merangkumi lapan mukim iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang dan Tanjung Priok.

Kesemua individu yang terjejas berumur antara 21 hingga 50 tahun dengan kes pertama dilaporkan pada 22 Januari membabitkan seorang wanita dijangkiti HIV dan jangkitan penyakit kelamin, diikuti oleh kes seterusnya pada 7 Februari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, menekankan kebimbangan global yang berterusan terhadap penyakit itu. - BERNAMA

DAH SAMPAI

KE INDONESIA

AMIN

PASTI SAMPAI

KE MALAYSIA

AMIN

SAPA TERNAK

VIRUS INI

AMIN

VIRUS KOBID

DI TERNAK 

DI WUHAN CHINA

KALI INI DIMANA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: