Rabu, 28 Ogos 2024

PRESIDEN KANG KONG DITANGKAP



Presiden MPN hadapi tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna peruntukan
SHAH ALAM – Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) dihadapkan di mahkamah sesyen di sini hari ini dengan tujuh pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan peruntukan sebanyak RM271,000.

Berdasarkan dua pertuduhan itu, Prof Emeritus  Dr Raduan Che Rose pada 14 Mac dan 3 April 2023 didakwa menyalahgunakan peruntukan MPN dengan meluluskan RM71,000 kepada Kefli Mahpol.

Selain itu, beliau yang juga Pengarah MPN Global Reach Sdn Bhd  turut didakwa dengan lima pertuduhan menyalahgunakan wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd sebanyak RM200,000 dan diberikan kepada individu yang sama.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara 5 hingga 15 April 2024.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Majlis UiTM itu mengaku tidak bersalah dengan semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hakim, Datuk Anita Harun kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM40,000 kepada tertuduh, selain mengarahkannya melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap bulan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin Hau menawarkan supaya mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM70,000 kepada tertuduh.

Namun, peguam yang mewakilinya,  Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memohon supaya jumlah ikat jamin yang dikurangkan.

Beliau memohon supaya mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan kerana reputasi dan imej Raduan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kami minta sedikit pertimbangan harus diberikan kerana tidak ada sekelumit mengatakan tertuduh menerima faedah peribadi daripada wang transaksi berkenaan.

“Saya mohon mahkamah turut menilai reputasi yang ada pada tertuduh yang beliau ingin pertahankan, nilai yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,” katanya kepada mahkamah.

Sementara itu, Raduan ketika merayu supaya jaminan terhadapnya dikurangkan berkata beliau  masih terkejut terhadap pertuduhan yang dihadapinya hari ini.

Dalam pada itu, Kefli di mahkamah yang sama turut berdepan tujuh pertuduhan bersuhabat dengan Raduan melakukan pecah amanah terhadap semua jumlah yang dikaitkan dengannya.

Hakim kemudian menetapkan jumlah ikat jamin RM40,000 terhadapnya.

Kefli juga diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sekali sebulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Sebutan dan pengurusan kes bagi Raduan dan Kefli adalah pada 23 Oktober 2024.-

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SIASAT JUGA

DARI MANA

KANG KONG INI

DAPAT IJAZAH

KAH KAH KAH

IJAZAH BELI 

ATAU IJAZAH

INTERNET

KAH KAH KAH

DULU PERSATUAN

KANG KONG INI

ALAT SOKONG

 NAJIB

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tentu budak MCKK macam kau

Tanpa Nama berkata...

Ijazah copy paste dari www, tahniah ramai kangkung berleluasa dengan projek-projek sendiri, copy paste universiti online tak payah buat kajian tak payah tulis buku, tak payah tak payah, tukar tayar tukar rim kereta pensyarah pasti lulus cemerlang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kangkung naik harga, masa Bossku kangkung paling murah, menjalar tepi longkang tepi sungai tepi tasik, mudah didapati mudah cukup mudah, sekarang kangkung naik harganya kerana semuanya masuk universiti dulu, dicop halal dicop bijak bersih suci murni siap dengan ayat-ayat Arabiah kah kah kah telah disucikan telah dimurnikan secara proses ketuanan tukun tiruan kah kah kah, jadi satu saja kangkung tetap kangkung walaupun jenama apa, asal usul masih dari tepi longkang itu saja, perangai kangkung tetap sama, tak kira pelajaran tinggi atau tidak, tak kira darjat tinggi setinggi mana pun akhirnya akar akan menuju ke parit busuk juga amin