Rabu, 28 Ogos 2024

SCAM BARU DARI KILANG UBAT





33 kes disyaki mpox negatif, satu lagi tunggu pengesahan – KKM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kes mpox atau cacar monyet yang disyaki di Malaysia setakat hari ini adalah negatif, kata Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad.

“Semua 33 kes disahkan negatif, 1 (baharu) tunggu pengesahan,” katanya dalam kenyataan di platform X, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkoordinasi dengan perwakilan Malaysia di seluruh dunia.

“Ini bertujuan untuk hebahan maklumat kepada pengembara Malaysia supaya mematuhi garis panduan ditetapkan KKM,” menurut beliau.

Dzulkefly menambah, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar (hari ini) mengenai langkah preemptif seterusnya untuk pertingkat kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman kes mpox terutama varian Clade 1b

“Buat masa ini, di luar Congo, terdapat satu kes masing-masing di Thailand, Sweden, Singapura (13 kes),” katanya.

Kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes mpox.

Dalam pada itu, Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan berkata, jumlah itu dicatatkan bagi tahun lalu sehingga 27 Ogos.

Sejumlah 2.64 juta pengembara telah melalui saringan bagi gejala mpox di pintu masuk antarabangsa yang mana setakat ini tiada kes yang disyaki mpox sejak 16 Ogos hingga Selasa.

“Pengembara dari negara berisiko dinasihatkan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

“Sebagai persediaan awal, KKM telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memaklumkan peranan masing-masing dalam aktiviti kawalan dan pencegahan jangkitan mpox,” jelas KKM lagi. – 


PROJEK

KILANG UBAT

AMIN

TAKUTKAN

ORANG RAMAI

KEMUDIAN PAKSA

NEGARA BELI UBAT

AMIN

PROJEK INI

AKAN KONTROL

UMAT MANUSIA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cui Bono ada untung semuanya halal ada masuk ada komisen ada projek baru tak apa, semuanya orang kita sendiri, sokong jangan tak sokong ya kah kah kah