Isnin, 2 September 2024

NATO SERANG RUSIA ?




Zelensky desak AS beri lampu hijau serang lebih jauh ke dalam Russia
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, meningkatkan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan Kyiv menyerang sasaran tentera Russia lebih jauh di dalam negara itu.

Perkara itu dimaklumkan ketika wakilnya bertemu dengan pegawai kanan AS di Washington, semalam.

Washington menyediakan lebih AS$50 bilion (RM214 bilion) bantuan ketenteraan kepada Ukraine sejak 2022, namun mengehadkan penggunaan senjatanya kepada wilayah Ukraine dan operasi pertahanan lintas sempadan.

Zelensky berkata bom udara berpandu membunuh enam orang dan mencederakan 97 orang di Kharkiv pada 30 Ogos lalu dengan lebih banyak serangan berlaku semalam.

Serangan itu hanya dapat dielakkan dengan menyerang lapangan terbang tentera Russia, pangkalan dan logistik tentera Russia.

Dalam ucapan video harian pada setiap malam, Zelensky berkata perkara itu dibincangkan setiap hari dengan rakan kongsinya.

"Kami memujuk dan mengemukakan hujah (untuk memperluaskan serangan di wilayah Russia)," katanya.

Tambah beliau, membebaskan langit Ukraine daripada dron, bom dan peluru berpandu Russia adalah langkah agresif untuk memaksa Russia menghentikan perang dan mencari keamanan secara adil.

Dalam rayuannya kepada AS, Britain, Perancis dan Jerman, Zelensky berkata mereka memerlukan keupayaan sebenar dan kuasa penuh untuk melindungi Ukraine serta rakyatnya.

Tanpa memberikan maklumat khusus, Zelensky berkata wakilnya sudah menyediakan semua butiran yang diperlukan rakan kongsi Ukraine.

Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov, berada di Washington bersama delegasinya pada 30 dan 31 Ogos lalu untuk bertemu dengan pegawai serta pakar AS.

Dalam wawancara dengan CNN, Umerov berkata, pihaknya sudah menjelaskan keupayaan yang diperlukan untuk melindungi rakyat Ukraine daripada keganasan Russia dan berharap ia didengari sekutunya. - REUTERS

PERANG UKRAINE

ADALAH PERANG

NATO LAWAN 

RUSIA

AMIN

UKRAINE HANYA

ALAT UNTUK MATI

AMIN

APA KAH PERANG

AKAN TAMAT

JIKA TRUMP

JADI PRESIDEN?

AMIN

KITA LIHAT APA

AKAN TERJADI

KHALAS

Tiada ulasan: