Sabtu, 14 September 2024

NEGARA AJARAN SESAT AMAT HEBAT !!!



Iran lancar satelit kedua ke orbit tahun ini

IRAN: Iran melancarkan satelit penyelidikan Chamran-1 ke orbit hari ini, pelancaran satelit kedua yang berjaya tahun ini, lapor media negara.

Pelancaran ini berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah menuduh Iran memindahkan peluru berpandu balistik ke Russia yang mungkin akan digunakan dalam perang dengan Ukraine dalam masa beberapa minggu.

Bagaimanapun, Iran menafikan tuduhan terbabit.

Satelit yang direka dan dibina oleh Industri Elektronik Iran (SAIran) ini diletakkan dalam orbit 550 kilometer (km) (340 batu), kata media itu.

Pada Januari lalu, media Iran melaporkan bahawa satelit Sorayya telah dilancarkan ke orbit 750 km, yang merupakan orbit tertinggi setakat ini.

Tentera AS mendakwa teknologi balistik jarak jauh yang digunakan untuk meletakkan satelit ke orbit juga boleh membolehkan Tehran melancarkan senjata jarak jauh, termasuk mungkin kepala peledak (warhead) nuklear.

Tehran menafikan perkara itu dan menyatakan bahawa ia tidak pernah mengejar pembangunan senjata nuklear.

Iran mempunyai salah satu program peluru berpandu terbesar di Asia Barat, telah mengalami beberapa kegagalan pelancaran satelit dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat masalah teknikal. - REUTERS

HEBAT BETUL

NEGARA AJARAN

SESAT INI

AMIN

MENEROKA

KE ANGKASA

AMIN

BEKAL SENJATA

PADA RUSIA

AMIN

BERI SENJATA

PADA HAMAS

PADA HIZBULLAH

PADA HOUTHI

AMIN

BUKAN JUAL

LAPANGAN

TERBANG PADA

BLACKROCK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tahu sesat ke tak sesat mari berhujah..