Sabtu, 14 September 2024

SEMUA TOLAK ZAHID


Pas masih mahu bekerjasama dengan UMNO dalam MN, tapi tanpa Zahid

TEMERLOH – Pas mengulangi kesediaannya menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dengan syarat tanpa Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu diambil sebagai usaha untuk menyatukan orang Melayu Islam dan bumiputera.

Katanya, selagi PH berpegang pada prinsip dan dasar pragmatik yang tidak konsisten, Pas tidak akan bersama dengan parti itu.

“Komponen dia (PH) bukan parti yang ada dasar teguh…ada dasar yang canggah dengan perjuangan kita, contoh DAP.

“DAP yang sekular, Malaysian Malaysia dan politik antarabangsa pun dia ikut Singapura, ikut Taiwan, US (Amerika Syarikat),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas di Kompleks Al Makmur di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, Pas tetap teguh mempertahankan PN dan sama sekali tidak berhasrat menyertai PH dalam apa jua bentuk.

Abdul Hadi berkata, rancangan (MN) itu memang ada dan turut melibatkan bekas perdana Menteri,  Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Bumiptera Perkasa Malaysia (Putra),  Ibrahim Ali.

Katanya, setakat ini perbincangan tidak melibatkan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi.

“Yang asal kita bincang ialah penyatuan orang Melayu Islam dan bumiputera, sebabkan pihak-pihak UMNO, tidak Zahid Hamidi.

“Pemimpin UMNO masa Zahid cuti setuju kumpul ahli Parlimen bumiputera untuk ambil alih kerajaan bersama Bersatu. Kita berjaya ambil alih kerajaan (pentadbiran Perikatan Nasional dahulu). Tak kukuh, tak kuat kedudukan.

“Tapi ada kejayaan, ada kesan dia…kesan dia ialah beberapa pempimpin UMNO bersama kita, cuma segelintir saja dengan Zahid,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilapor berkata, parti pimpinannya tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Abdul Hadi menjadi presiden parti komponen PN itu.

Katanya, pengalaman bekerjasama dengan parti Pas sebelum ini menyebabkan keputusan tersebut diambil.

Beliau turut mendakwa, banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh Pas.

WOIT

NO ZAHID

APA AKAN

JADI PADA

MADANI

KAH KAH KAH

NO ZAHID

MADANI RUNTUH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: