Sabtu, 14 September 2024

PAKATAN HARAPAN MAKIN BERAT



Berhenti bergaduh jika tidak mahu kalah pilihan raya, kata Lokman


PERBALAHAN terbuka antara Umno dan DAP boleh menjejaskan kerajaan perpaduan, kata Lokman Adam.

Ketua secretariat media kerajaan perpaduan itu berkata masalah dalaman antara parti dalam gabungan itu boleh membawa kesan yang ketara, khususnya ketika pilihan raya.

“Kita tidak boleh abaikan perkara itu dalam mana-mana parti atau gabungan, akan ada individu yang membuat komen yang melulu.

“Kita tidak dapat mengelak keadaan ini sepenuhnya daripada berlaku, dan sikap seumpama itu boleh menjejaskan reputasi parti atau gabungan,” katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, kepada The Malaysian Insight.

Lokman berkata demikian sebagai merujuk kepada perbalahan antara Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh.

Pada 5 September, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal untuk restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan babi dan alkohol.

Cadangan itu mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Seputeh membantahnya dengan berkata sijil halal sepatutnya sukarela, bagi membolehkan operator dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal untuk restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangka babi dan alkohol.

Cadangan itu mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Seputeh membantahnya dengan berkata sijil halal sepatutnya sukarela, bagi membolehkan pengendali restoran dan syarikat makanan membuat keputusan berdasarkan kepada permintaan pasaran.

Sebagai respons kepada kenyataan Kok itu, Akmal yang juga Adun Merlimau, menggelar Kok “Nyonya tua” dan mencadangkan kerajaan letak logo “tidak halal” di dahinya.

Ini membawa kepada Kok menuntut RM25 juta ganti rugi daripada Akmal kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadapnya berkaitan sijil halal.

Akmal, tidak gentar dengan tindakan undang-undang, berkata bersedia untuk berdepan dengan Kok di mahkamah.

Dengan Pilihan Raya Kecil Mahkota yang semakin hampir, Lokman menggesa ahli parti kerajaan untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan fokus dalam meraih sokongan untuk kerajaan. – 14 September, 2024.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

AMIN

LOKAMAN YANG

LOKMAN ADAM

BERI NASEHAT ?

KAH KAH KAH

BERAT AMAT

BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: