Selasa, 17 September 2024

PAS TOLAK ZAHID KERANA ZAHID ADA 47 KES



DNAA punca Pas tidak mahu Zahid – Tuan Ibrahim
TEMERLOH – Pas kekal dengan pendirian hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO tanpa  Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, ini kerana kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO itu berstatus dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).


“Sekiranya ada bukti maka beliau masih boleh disabitkan kesalahan. Bagi kita (Pas) beliau masih ada elemen tersebut.

“Ini kerana dari segi undang-undang, kes berkenaan masih boleh dibawa ke mahkamah semula.

“(Ketika mahkamah memutuskan DNAA), Ahmad Zahid tidak melalui proses perbicaraan dan mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah, sebaliknya pendakwaan dihentikan pihak pendakwaraya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa sidang media selepas sesi penggulungan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari.

Tegas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cheka situasi membabitkan Ahamad Zahid itu berbeza dengan status kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

”Bezanya Zahid dihentikan pendakwaan, (manakala) pendakwaan terhadap Muhyiddin diteruskan, (cuma) belum ada prima facie, belum ada keputusan mahkamah terhadap beliau.

“Jadi, situasi mereka berbeza.

“Bagi kita kalau mahkamah putuskan (Ahmad Zahid) tidak ada kes maka OK (untuk teruskan kerjasama,” tambahnya.

Terdahulu Naib Presiden UMNO  Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Presiden Pas tidak ikhlas untuk menjalinkan semula kerjasama antara parti itu dengan UMNO.

Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat Abdul Hadi hanya demi kepentingan parti Pas kerana ingin bersama UMNO tetapi mengetepikan Presidennya, Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menambah, agenda penyatuan ummah yang dicadangkan oleh Pas bukan hanya melibatkan UMNO.

Tetapi ia juga melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak termasuk penganut agama lain.

Bagaimanapun menurut beliau, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menekankan, parti Islam itu menolak untuk menjalin kerjasama dengan golongan ekstrimis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sudah 13 kali PAS mengadakan kerjasama politik  dengan pelbagai parti termasuk dengan Barisan Nasional (BN).

”Ini bermakna gagasan kita adalah penyatuan ummah dalam kerangka yang besar melibatkan semua pihak yang sanggup bersama.

”Pengalaman kita di Malaysia, tidak ada parti yang ada pengalaman kerjasama politik sebesar Pas.

“Jadi kita bersedia (untuk menjalinkan kerjasama) asalkan ia selari dengan prinsip dan gagasan yang didukungi Pas.

“Jika mereka sanggup patuhi (prinsip-prinsip digariskan Pas), kita akan teruskan kerjasama,” katanya lagi.- 

ZAHID JADI

PENGHALANG

PENYATUAN

ISLAM MELAYU

AMIN

TAPI ZAHID

JUGA MEMBANTU

PAKATAN

DAPAT SOKONGAN

MELAYU DAN

BUKAN MELAYU

AMIN

SEBAGAI STRATIJI

ZAHID WAJIB

TERUS MEMIMPIN

GEROMBOLAN

KHALAS

Tiada ulasan: