Selasa, 17 September 2024

SEMENJAK BILA ROTI JADI HARAM ?


Tanda halal di Roti Ikhwan tidak sah – JAKIM

KUALA LUMPUR – Produk roti keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menerusi hantaran di laman Facebook JAKIM, semakan yang dilakukan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tiada SPHM yang sah.

“Perbuatan ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Kesalahan tersebut menyatakan semua makanan dan barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barangan itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam Islam melainkan diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut,” katanya.

Susulan itu, JAKIM telah pun berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menjalankan tindakan segera.

“Sekiranya kami dapati berlaku penyalahgunaan sijil atau logo halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta yang disebutkan.

“Melainkan ia diperakui halal oleh pihak berkuasa dan ditandakan halal dengan logo sebagaimana yang dinyatakan,” tambahnya.

Sebelum ini, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) di media sosial telah memuat naik hantaran yang mempersoalkan kesahihah logo halal JAKIM yang terpampang di produk roti syarikat itu.

Mereka yang mempunyai sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh menghantar emel rasmi kepada pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya. –

SEMENJAK BILA

ROTI JADI HARAM

KAH KAH KAH 

INDUSTRI

KELUAR LESEN

HALAL HARAM INI

DAPAT SIJIL

HALAL DARI SIAPA?

AMIN

SIAPA YANG

HALALKAN

INDUSTRI  HALAL

HARAM JAKIM INI

DAPAT SIJIL

HALAL DARI SAPA?

AMIN

KAHALAS

Tiada ulasan: