Jumaat, 3 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK KANTOI !


ANWAR IBRAHIM 

DALAM

 DUA DILEMMA


Oleh Hassan Abdul Karim 

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dalam dilemma bertimpa-timpa.Kasihan saya pada Anwar, pemimpin parti saya dan sahabat saya.

Apabila Anwar berkata satu daripada perjuangannya adalah untuk menghapuskan rasuah.Ramai kini orang yang ketawa.Tetapi tidak saya.Saya percaya dalam hati bahawa Anwar dia memang hendak menghapuskan rasuah yang sudah jadi sistemik di negara kita ini.

Tetapi sekarang Anwar dalam dilemma. Dilemma pertama ialah Timbalannya Dalam Kerajaan iaitu TPM1 Ahmad Zahid Hamidi.Dilemma Anwar yang kedua ialah Najib Razak.

Tanpa kerjasama Ahmad Zahid Hamidi maka Anwar tidak boleh jadi Perdana Menter.Kerajaan Perpaduan yang dijenama semula sebagai Kerajaan Madani tidak akan terbentuk.Anwar terhutang budi kepada Ahmad Zahid begitu juga Ahmad Zahid terhutang budi kepada Anwar apabila Presiden Keadilan itu minta Shamsul Iskandar calon PKR tidak meneruskan cadangannya supaya undi di Parlimen Bagan Datuk dikira semula pada  malam pilihanraya umum 19 November 2022.Maka menanglah Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno di Bagan Datuk sekitar 300 undi sahaja.Selepas itu kini semuanya telah jadi sejarah.

Tiba-tiba masuk minggu pertama tahun 2025 ini Anwar Ibrahim Perdana Menteri kesepuluh menghadapi dilemma Najib Razak pula.Isunya tentulah semua orang tahu iaitu perintah tambahan dari mantan Yang diPertuan Agong ke-16 yang dikenali dengan nama glamour perintah Tribunal Pengampunan itu sebagai Titah Addendum.

Maka akan berhimpunlah beribu atau mungkin berpuluh ribu penyokong Najib Razak dari Umno, Pas dan Bersatu di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya pada 6 Januari ini.

Kasihan dan simpati saya kepada Anwar Ibrahim yang jadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang di mana Najib Razak Perdana Menteri ke-enam itu sedang menuntut dibebaskan dari penjara dengan diletakkan dalam tahanan di rumah.

Perlu disorot semula sejarah.Anwar Ibrahim ketika menang Pilihanraya Umum ke-13 tahun 2013 merupakan orang yang paling awal di Parlimen selaku Ketua Pembangkang membangkitkan isu IMDB.

Sekarang Anwar jadi PM dan Menteri Kewangan amat menyedari betapa parahnya Malaysia dari segi ekonomi dan kewangan angkara skandal penyelewengan rasuah 1MDB yang telah merugikan kewangan negara melebihi RM50 bilion.

Jadi di sinilah letaknya dilemma Anwar . Apakah ia sebagai Perdana Menteri perlu berlembut terhadap Najib Razak?

Parti Umno dan BN yang merupakan rakan gabungan terkanan dalam Kerajaan Madani sedang menekan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Kerajaan supaya Najib Razak dilepaskan dengan tahanan di rumah.Itu tujuan sebenar perhimpunan 6 Januari ini.

Adakah Anwar Ibrahim demi mengekalkan kuasa akan melakukan hal yang sama seperti apa yang diperolehi Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi hadiah berganda DNAA bagi 47 kesalahan rasuah pertama dan DAA -discharge and acquital- (dilepaskan dan dibebaska tanpa bicara kerana pertuduhan digugurkan) sebagai hadiah kedua bagi 40 pertuduhan rasuah juga?

Apakah ahli dan penyokong PH dan PKR serta rakyat Malaysia akan tetap menyokong Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka jika dalam dilemma Anwar yang kedua bersabit soal Najib maka Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri tetap mengalah dan surrender terhadap desakan dan tuntutan Umno/BN yang kini disokong sama oleh PAS dan Bersatu juga?

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
03 Januari 2025

1 ulasan:

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Boto cakap ank pk karim nih..
Ank pk berahim ni boto² nk borsihkn taik² palat nih..
Tp yg tk boto eh...
Nk cuci bg borsih bkn dr dlm tong taik tuh..
Mno nk borsih cmtu...
Badan pn dh kono palit² taik tuh ..
Bangang nyo kojo..
Niat yg baik tkdo bulih halalkn caro doh...
Tu pn nk kono bgtau ko?
Nk koba an bangang..
Tkleh nk lak diajar...
Nk koba an pandai..
Tkleh lak diikut..
Masuk asap kluar asap..
KAH KAH KAH